Berita Auto

Proton Saga Akan Dipasang di Kenya

Proton telah mengeksport 30 buah kit pemasangan CKD (pemasangan tempatan) Proton Saga ke Kenya, menandakan kemasukan jenamanya ke negara itu.

Sedan segmen B tersebut akan dipasang oleh Simba Corporation, sebuah konglomerat pelbagai perniagaan yang mempunyai sejarah panjang dalam penjualan dan pengalaman pemasangan di industri automotif.

Proton membuat keputusan untuk mengeksport Saga secara CKD setelah perundingan terperinci bersama Simba. Selain dapat menikmati cukai yang lebih rendah, unit CKD juga dijangka akan mendorong pembangunan \ industri pembuatan automotif Kenya.

“Di peringkat negara, usaha ini akan meningkatkan nilai perdagangan antara Malaysia dan Kenya, dan juga menyumbang kepada peningkatan peluang pekerjaan di industri automotif Kenya,” kata Dato’ Radzaif Mohamed, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

Tetamu kehormat bagi majlis pelepasan ini adalah Pesuruhjaya Tinggi Kenya ke Malaysia, Francis N. Muhoro. Dalam ucapan beliau, Muhoro menerangkan dasar pandang ke Timur yang diamalkan oleh negaranya dan harapan beliau supaya lebih banyak syarikat Malaysia seperti Proton boleh menerokai peluang pelaburan di Kenya.

“Proton bukan saja menjejak ke negara dengan populasi 51 juta orang, tetapi juga pintu masuk ke benua Afrika yang mempunyai pasaran berpotensi sebanyak 1.3 bilion orang. Oleh itu, saya berharap ini menjadi permulaan kepada lebih banyak perdagangan antara dua negara,” kata beliau.

Previous post

Rolls-Royce Dawn Silver Bullet Diperkenalkan

Next post

Renault Syarikat Langganan Kereta Terbaik

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *