Motosikal / Lain Lain Roda

Next Bike Serah Ducati Superleggera V4 Pertama di Malaysia

Diperkenalkan buat kali pertama pada Februari tahun ini, Ducati Superleggera V4 merupakan model produksi paling berkuasa dari Borgo Panigale. Hanya 500 unit dihasilkan dan salah satu daripadanya telah pun tiba di Malaysia.

Unit bernombor 210/500 itu diserahkan kepada pemiliknya, Datuk Nazir Hussin Akhtar Husin dalam satu majlis penyerahan yang diadakan di bilik pameran Ducati Malaysia Petaling Jaya hari ini. Merupakan seorang peminat motosikal yang tegar, beliau juga memiliki sebuah Panigale V4 R dan sebuah V4 S.

Dijual pada harga RM888,000, Superleggera V4 merupakan satu-satunya motosikal jalanan yang menggunakan bahan komposit untuk pembinaan rangka, subframe, lengan ayun dan roda. Digabungkan dengan langkah-langkah pengurangan berat yang lain, motosikal ini mempunyai berat kering 159 kg, iaitu 16 kg lebih ringan berbanding Panigale V4.

Superleggera V4 mempunyai kuasa keseluruhan berjumlah 224 hp dan 118 Nm, sekaligus memberikannya nisbah kuasa/berat 1.41 hp/kg. Dengan menggunakan kit perlumbaan, ia memperoleh kuasa tambahan sebanyak 10 hp manakala berat dikurangkan lagi sebanyak 6.8 kg. Hasilnya, nisbah kuasa/berat meningkat kepada 1.54 hp/kg.

Sebagai pelengkap pakej, jentera ini turut dilengkapi dengan sistem suspensi Ohlins, cakera brek Brembo dengan angkup Stylema R, Traction Control, Quickshifter dan sistem ekzos Akrapovic. Turut disertakan adalah tiga mod tunggangan yang diprogram, lima mod yang boleh diubah suai serta lap timer.

Previous post

Proton Akan Lancar X50 di Brunei, Mulakan Operasi CKD dan Jualan di Kenya dan Pakistan

Next post

Peugoet Rangkul Tiga Anugerah Pada Majlis What Van? Awards 2021

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *