Motosikal / Lain Lain Roda

Ducati Superleggera V4 Sarat Dengan Gentian Karbon

Superbike yang ditunggu-tunggu iaitu Ducati Superleggera V4 akhirnya didedahkan secara rasmi.

Ia merupakan model paling berkuasa dan canggih pernah dihasilkan oleh Ducati namun sayangnya hanya 500 pelanggan bertuah bakal bergelar pemilik.

Superleggera V4 merupakan motosikal produksi pertama yang mempunyai struktur yang diperbuat daripada gentian karbon. Ini termasuk rangka, sub-rangka, lengan ayun dan roda. Menurut Ducati, mereka berjaya mengurangkan berat sebanyak 6.8 kg menerusi penggunaan bahan ringan tersebut.

Bukan itu sahaja, gentian karbon juga digunakan untuk sebahagian besar daripada badan motosikal ini, termasuk sayap ‘biplane aerofoil’ yang terletak pada bahagian hadapan. Dihasilkan dengan teknologi MotoGP, komponen tersebut mampu menjana hampir 50 kg ‘downforce’ pada kelajuan 270 km/j.

Enjin V4 bersesaran 998 cc menghasilkan kuasa sebanyak 224 hp. Dengan berat kering 159 kg, motosikal ini mempunyai nisbah berat-kuasa yang tinggi iaitu 1.41 kg/hp.

Superleggera V4 juga boleh didapati dengan Race Kit yang memberikan kuasa tambahan sebanyak 10 hp menerusi penggunaan sistem ekzos titanium Akrapovic. Dengan berat yang berkurang sebanyak 2 kg, nisbah-berat kuasa kini meningkat kepada 1.54 kg/hp.

Sistem suspensi dibekalkan oleh Ohlins manakala brek yang digunakan terdiri daripada cakera Brembo dan angkup Stylema R. Untuk elektronik, model ini didatangkan dengan tiga mod tunggangan yang diprogram, lima mod yang boleh diubah suai serta lap timer.

Pengeluaran Superleggera V4 akan dimulakan pada Jun tahun ini. Ducati merancang untuk menyerahkan lima buah model itu setiap hari.

Previous post

10 Sebab Mengapa Trak Pikap Ini Berjaya Menangani Keadaan Pasaran

Next post

Toyota Gazoo Racing Festival ke Pulau Pinang 15-16 Feb

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *