Motosikal / Lain Lain Roda

Ducati Panigale V4 dan V4 S Tiba di Malaysia

Selain Panigale V2, Next Bike Sdn Bhd turut melancarkan dua lagi model Panigale iaitu Panigale V4 dan V4 S. Model-model superbike flagship ini ditawarkan pada harga RM132,900 dan RM172,900.

Panigale V4 dan V4 S bukan sahaja mempunyai pakej aerodinamik sama yang diambil daripada V4R, malah kedua-duanya turut berkongsi enjin 1,103 cc Desmosedici Stradale V4 yang menghasilkan 214 hp pada 13,000 rpm dan 124 Nm pada 10,000 rpm.

Sebagai varian yang lebih tinggi, V4 S didatangkan dengan fork Öhlins NIX-30, penyerap hentak Öhlins TTX36 pada bahagian belakang serta peredam stereng Öhlins. Ia juga mempunyai bateri lithium-ion, roda aluminium tempaan Marchesini serta grip sport.

Rangka kedua-dua model ini direka dan dibina mengikuti spesifikasi pasukan lumba Ducati Corse dalam kejohanan WSBK. Ini menjadikannya lebih tegar, ringan serta lebih fleksibel. Casis tersebut dibantu oleh sub-frame magnesium ada bahagian hadapan dan sub-frame aluminium untuk tempat duduk.

Terima kasih kepada strategi kawalan prediktif baharu, Ducati Traction Control (DTC) EVO 2 kini berupaya meningkatkan kawalan kuasa ketika keluar daripada selekoh. Sementara itu, Ducati Quick Shit (DQS) EVO 2 pula dapat memendekkan masa penukaran gear dan menjadikan penukaran gear lebih stabil ketika memecut dan mengambil selekoh.

Previous post

Ducati Panigale V2 Dilancarkan di Malaysia

Next post

Scrambler Icon Dark, Model Ducati Paling Mampu Milik Setakat Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *