Berita Auto

Proton Mulakan Projek Kilang Pemasangan di Pakistan

Satu projek kilang pemasangan CKD bagi kereta-kereta Proton yang pertama di Pakistan secara rasminya dijalankan pada hari ini apabila Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan menandatangani plak marmar di satu majlis yang diadakan di Islamabad, Pakistan.

BHP Banner 4008

Kilang tersebut, yang akan dibina di tapak Greenfield di Karachi, akan dimiliki dan dikendalikan oleh ALHAJ Automotive, pengedar rasmi untuk kereta-kereta Proton di Pakistan dan dijangka akan memulakan operasi sebelum akhir tahun 2020.

Pada 2017, Proton telah melancarkan strategi tujuh bintang, iaitu pelan hala tuju untuk mencapai matlamat jangka panjang kereta termasuklah menyasarkan untuk menjual sebanyak 400,000 unit kereta menjelang 2027. Sasaran pertumbuhan utama pada masa hadapan bagi syarikat ialah jualan eksport dan penubuhan kilang pemasangan CKD di pasaran luar negara merupakan salah satu langkah yang diambil untuk mengembangkan angka tersebut.

Bagi menubuhkan Proton di Pakistan, satu perjanjian bersama ALHAJ Automotive telah ditandatangani pada 29 Ogos 2018, yang mana kumpulan tersebut dilantik sebagai pengedar tunggal untuk kereta-kereta Proton di Pakistan. Pelan telah dirangka iaitu untuk membina sebuah kilang pemasangan yang baharu, untuk memanfaatkan pengurangan cukai bagi kenderaan CKD di negara ini.

Sebagai pengedar dan pemasang kenderaan yang terkenal, ALHAJ Automotive mempunyai pengalaman dan sumber-sumber yang diperlukan untuk mengurus dan meningkatkan jualan kereta-kereta Proton di Pakistan. Kilang pemasangan CKD baharu yang akan dibina di Karachi iaitu di tapak Greenfield dengan pelaburan awal sebanyak USD30 juta, akan mewujudkan sebanyak 2,000 peluang pekerjaan secara langsung dalam tiga tahun pertama operasinya. Dianggarkan lebih 20,000 pekerjaan tidak langsung juga akan wujud hasil daripada kilang baharu yang dibina.

Previous post

Peugeot 4008 Menyaingi SUV Sport German

Next post

Azroy Hadiahkan Kemenangan Pertama Honda

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *