Gaya HidupUndang - Undang

Isi Minyak Di Pam: Kena Imbas / Daftar Dengan MySejahtera Atau Tidak?

Kemas kini terbaru pada jam 6 petang, 10 Nov 2020: Tidak perlu imbas/mendaftar dengan MySejahtera jika anda hanya mengisi petrol. Ini menurut kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri, Menteri Pertahanan.

***Kenyataan Asal*** Permulaan

It has been verbally confirmed that registering using the MySejahtera app is mandatory when filling up at petrol stations EVEN IF ONE IS NOT ENTERING THE PREMISES of the attached convenience store.

Tetapi ini tidak seberapa terang yang kita harapkan.

Polis dan Majlis Keselamatan Negara Malaysia: YA, SCAN KETIKA MENGISI MINYAK

Semalam, tular di media sosial, seorang rakyat Malaysia telah didenda RM1,000 kerana mengisi petrol tanpa mengimbas/mendaftar dengan MySejahtera. Sehingga jam 2 petang hari ini, nampaknya tidak ada kenyataan BERTULIS rasmi mengenai perkara ini dari Kementerian Kesihatan atau Polis Diraja Malaysia.

Walau bagaimanapun, kenyataan lisan dari Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash dan pegawai di talian hotline MKN menunjukkan bahawa kedudukan itu telah berubah.

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) di bawah Kementerian Kesihatan: TIDAK PERLU IMBAS SEMASA PERTEMUAN RINGKAS

Pada pagi ini pula, beberapa sumber media seperti FMT mendapat respon e-mel dari Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) yang mengatakan bahawa “Perjumpaan singkat seperti mengisi petrol di stesen minyak atau membuat pembayaran tidak perlu mengimbas MySejahtera,”

BHPetrol station EV charging

Jadi, patutkah anda imbas?

Menurut Dato Seri Ismail Sabri Yaakob di SIDANG MEDIA PKPB hari ini … Tak payah kalau pam minyak saja. Masuk kedai kena.

Untuk mengelakkan dari kena denda, kami mencadangkan bahawa anda daftar sajalah di kedai stesen minyak tersebut. Polis Diraja Malaysia, pihak yang mengeluarkan saman-saman ini, sudah menjelaskan kedudukan mereka.

Terus Terang Cakap

Secara logik, memang masuk akal untuk mengimbas di kios petrol. Cuba fikirkan sendiri, ribuan pemandu mengisi minyak di stesen yang sama setiap hari. Yang diperlukan hanyalah untuk hanya satu individu yang berjangkit untuk memulakan penyebaran kelompok baharu. Kami mencadangkan agar anda mendaftar dengan MySejahtera walaupun anda berada di sana untuk memeriksa tekanan tayar anda di stesen minyak, untuk mengecas EV / PHEV anda, mengambil GoCar atau bahkan untuk pergi tandas pun. Inilah yang dikatakan Amalan Kendiri. Kita jaga diri kita sendiri. Amalan Penjejakan Kenalan adalah salah satu daripada cara yang dapat membantu anda, jadi tidak ada salahnya melakukannya sebeberapa kerap yang mungkin.

Hampir kesemua stesen minyak ada notis mengatakan bahawa pam mereka dibersihkan secara berkala, tetapi selagi ini bukan automatik, ada ruang untuk kecuaian.

Rakyat Malaysia telah diberitahu akan keperluan untuk mendaftar menggunakan aplikasi MySejahtera setiap kali mereka mengunjungi premis perniagaan seawal Ogos lagi. Walaupun ini perkara kecil, tetapi ia dapat membantu barisan hadapan dan ekonomi kita secara umum dalam memerangi COVID-19. Kita faham tentang kekeliruan yang mungkin ada sebelum ini, tetapi mulai sekarang, sama ada ianya rasmi atau tidak, wajib atau tidak, pengguna Malaysia harus berusaha untuk imbas/daftar sendiri.

Macam ni pun ok!

Pada masa yang sama, pengusaha stesen minyak juga harus menyediakan kod QR di setiap kios untuk menyenangkan pelanggan dan untuk mengelakkan pengguna lain beratur panjang jika kod QR mereka hanya ada di kedai atau kaunter pembayaran.


Previous post

Hyundai Sah Hasilkan Tucson N Line

Next post

Nikmati Penjimatan Sehingga RM11,000 Di Jualan 11.11 Volkswagen

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *