Berita Auto

BHPetrol Lancar Stesen Pengecas Kenderaan Elektrik

Boustead Petroleum Marketing (BHPetrol) hari ini melancarkan stesen pengecas kenderaan elektrik di cawangan Kg Sg Kayu Ara di Petaling Jaya dan Sg Besi Harmony (selepas plaza tol menghala Seremban).

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Stesen-stesen pengecas tersebut dilengkapi dengan pengecas pantas Type 2, 3-fasa berkapasiti 22kW. Mana-mana pemilik kenderaan elektrik atau hibrid plug-in yang ingin menggunakan perkhidmatan ini hanya perlu membawa kabel sendiri dan meletakkan kenderaan mereka di tempat khas yang disediakan. Buat masa ini, perkhidmatan ini adalah percuma.

????????

Projek ini dijayakan dengan kerjasama First Energy Networks (FEN) yang merupakan sebuah anak syarikat milik penuh Tan Chong Group.

????????

Berucap di majlis pelancaran, Pengarah Urusan BHPetrol, Tan Kim Thiam berkata, “Kami akan menyediakan lebih banyak stesen BHPetrol dengan perkhidmatan yang sama pada masa akan datang untuk memenuhi permintaan.”

Previous post

BHPetrol Kini Menyediakan Pengecasan Plug-In Hibrid Di Stesen Mereka

Next post

Jualan Kenderaan Hibrid Toyota Melebihi 10 Juta Unit

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *