Berita Auto

Jualan Kenderaan Hibrid Toyota Melebihi 10 Juta Unit

Toyota telah mengumumkan bahawa jualan global kenderaan hibridnya telah mencecah 10.05 juta unit sehingga 31 Januari tahun ini. Lebih dari sekadar nombor, pencapaian ini membuktikan teknologi yang dibangunkan Toyota telah menjadi pilihan utama dalam usaha mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan bahan cemar lain.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pengeluar dari Jepun itu memperkenalkan hibrid pertamanya iaitu Coaster Hybrid EV pada bulan Ogos 1997, diikuti dengan Prius pada bulan Disember pada tahun yang sama. Sejak itu, kenderaan hibrid Toyota telah mendapat sokongan daripada pelanggan di seluruh dunia.

Kejayaan terbaru ini dicapai hanya sembilan bulan selepas jualan keseluruhan kenderaan hibrid jenama itu mencecah 9 juta unit pada akhir bulan April 2016.

Toyota Hybrid Vehicle Sales

Dibangunkan khas untuk melawan kesan gas rumah hijau, Prius terbukti popular di kalangan pelanggan dengan teknologi Toyota Hybrid System (THS) yang ditampilkan pada model generasi pertama. Teknologi tersebut berkembang menjadi THS II pada 2003 dan kemudiannya mula digunakan pada model-model Toyota lain.

Diperkenalkan pada tahun 2005, Prius generasi keempat menjadi kereta Toyota pertama yang menggunakan platform Toyota New Global Architecture (TNGA). Ia direka bukan sahaja untuk prestasi bersih malah pemanduan yang menyeronokkan.

Toyota-Prius-620x350

Sehingga 31 Januari yang lalu, Toyota menganggarkan bahawa penggunaan kenderaan hibridnya telah menyumbang kepada pengurangan pelepasan CO2 sehingga 77 juta tan serta penjimatan bahan api sebanyak 20 juta kiloliter.

Di Malaysia, kemasukan kereta hibrid Toyota bermula dengan model Prius generasi ketiga yang dijual pada tahun 2009. Secara keseluruhan, hampir 15,000 unit Prius dan Prius C telah berjaya dijual oleh UMW Toyota Motor dari 2009 hingga 2014. Jumlah jualan Camry Hybrid sejak pelancarannya pada 2015 sehingga akhir tahun 2016 pula mencecah 8,000 unit.

Camry Brochure 03 Hybrid Front Quarter

Selain itu, Lexus juga menawarkan barisan kenderaan hibrid sejak enam tahun lalu, dengan CT200h sebagai model paling laris. Model-model lain yang turut boleh didapati adalah RX450h, ES300h, NX300h dan LS600h.

Toyota Hybrid sales

 

 

Previous post

BHPetrol Lancar Stesen Pengecas Kenderaan Elektrik

Next post

Program Chevrolet Complete Care Kini Ditawarkan di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *