Berita Auto

Program Chevrolet Complete Care Kini Ditawarkan di Malaysia

Naza Quest telah memperkenalkan Chevrolet Complete Care (CCC), sebuah program yang direka khas untuk pengalaman pemilikan kenderaan yang memuaskan tidak kira untuk pelanggan sedia ada mahupun baru.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Program tersebut terdiri daripada Waranti Pengeluar Kenderaan Komprehensif, Bantuan Tepi Jalan 24/7 (Chevy Assist), Perkhidmatan Lengkap Chevrolet, Bantuan Khidmat Pelanggan 24/7 serta Chevy Link.

Waranti Pengeluar Kenderaan Komprehensif menawarkan waranti 5 tahun/200,000 km standard dan waranti ‘bumper-to-bumper’. Ia juga didatangkan dengan khidmat juruteknik bertauliah dengan hasil kerja berkualiti dan alat ganti tulen Chevrolet.

Chevrolet Colorado

Melalui Bantuan Tepi Jalan 24/7, pelanggan boleh berhubung dengan operator untuk 24 jam sehari, 7 hari seminggu bagi mendapatkan perkhidmatan seperti pembaikan kerosakan kecil di lokasi, bantuan tunda kecemasan, rujukan bengkel dan sebagainya. Andai berlaku kerosakan, pelanggan boleh menghubungi Chevy Assist di talian 1-800-2-CHEVY (24389).

Selain daripada juruteknik berpengalaman dan alat ganti tulen, Perkhidmatan Lengkap Chevrolet juga menawarkan jadual penyelenggaran yang jelas dan sebut harga yang telus supaya pelanggan boleh menganggarkan kos bagi penyelenggaraan seterusnya.

Chevrolet Colorado

Bantuan Khidmat Pelanggan 24/7 pula merupakan sumber yang dipercayai bagi pelanggan mendapatkan sokongan sebelum, semasa dan selepas jualan. Syarikat itu juga telah mewujudkan Online Live Chat di mana pelanggan boleh bertanya soalan dan mendapatkan maklumat melalui laman web rasmi Chevrolet Malaysia.

Chevy Link pula merupakan satu sistem operasi perkhidmatan bersepadu di mana data pelanggan diselaraskan di semua pengedar Chevrolet bertauliah untuk perkhidmatan yang pantas dan pengalaman pemilikan yang menyenangkan.

Previous post

Jualan Kenderaan Hibrid Toyota Melebihi 10 Juta Unit

Next post

Adegan Kejar Mengejar Kereta Terbaik: The Bourne Identity (2002)

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *