Promosi / Tawaran / Peraduan

Nikmati Penjimatan Sehingga RM11,000 Di Jualan 11.11 Volkswagen

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah melancarkan Jualan 11.11 Volkswagen yang menampilkan Passat Elegance dan Tiguan Allspace Highline yang dilancarkan baru-baru ini.

Jualan 11.11 itu dihoskan di laman Facebook Volkswagen dan pihak pengedarnya. Pelanggan dijemput untuk menekan ‘like’ salah satu atau kedua-dua model untuk membuka rebat eksklusif 11.11.

Menurut VPCM, pelanggan kini boleh membuat tempahan menerusi Volkswagen eShowroom pada 11 November untuk menebus rebat tersebut.

Passat Elegance didatangkan dengan penjimatan bernilai RM11,000 termasuk penjimataan dalam talian bernilai RM5,500 dan insurans percuma bernilai RM5,500.

Sementara itu, Tiguan Allspace Highline pula menawarkan penjimatan bernilai RM4,749 yang merangkumi pakej aksesori percuma dan penjimatan dalam talian bernilai RM3,500.

11 pembeli pertama yang membeli kedua-dua model ini menerusi Volkswagen eShowroom akan bakal membawa pulang mainan Lego Volkswagen Campervan bernilai RM499 dan lain-lain barangan rasmi Volkswagen secara percuma.

Bukan itu sahaja, pemilik yang membuat tempahan janji temu secara dalam talian pada 11 November akan menerima pakej barangan eksklusif Volkswagen bernilai lebih RM160. Tawaran ini adalah untuk janji temu servis dan pembaikan dari 13 hingga 30 November 2020.

Untuk maklumat lanjut, layari www.volkswagen.com.my.

Previous post

Isi Minyak Di Pam: Kena Imbas / Daftar Dengan MySejahtera Atau Tidak?

Next post

Allianz Malaysia Menambah Nissan LEAF Ke Dalam Armada EV Mereka

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *