Motosikal / Lain Lain Roda

Ducati Streetfighter V4 Kini Dalam Warna ‘Dark Stealth’

Ducati telah mengumumkan bahawa Streetifighter V4 model 2021 akan tampil dengan beberapa penambahbaikan, termasuk skema warna baharu yang digelar Dark Stealth dan pengiktirafan Euro 5.

Streetfighter dalam warna asal Ducati Red sebenarnya sudah cukup jahat, namun jenama Borgo Panigale itu menyerlahkan sisi gelap ‘Fight Formula’ dengan kemasan hitam matte yang dikontraskan dengan aksen perak pada radiator, ekzos dan tempat meletak kaki.

Menurut Ducati, pilihan warna Dark Stealth hanya ditawarkan pada varian V4 S dan menurut laman web Visor Down, harga edisi ini bagi pasaran United Kingdom adalah £300 (RM1,627) lebih tinggi berbanding versi standard.

Selain pilihan warna baharu, Ducati turut melakukan beberapa pengubahsuaian bagi memastikan Streetfighter V4 dan V4 S mematuhi piawaian emisi Euro 5 yang ketat. Walaupun tabung ekzosnya kelihatan sama seperti sebelum ini, ia sebenarnya mempunyai pemangkin yang lebih besar dan bahan baharu yang dikatakan dapat mengurangkan emisi.

Bukan itu sahaja, motosikal naked ini juga dilengkapi dengan manifold ekzos yang lebih pendek dan sempit, serta sensor oksigen bagi setiap silinder. Dengan pengubahsuaian ini, kuasa maksimum enjin iaitu 208 hp tiba 250 rpm lebih lewat pada 13,000 rpm manakala tork puncak iaitu 123 Nm dicapai 2,000 rpm lebih awal pada 9,500 rpm.

Selain itu, Streetfighter V4 turut menerima pam brek hadapan baharu dan klac ‘self purging’, kedua-duanya ditampilkan buat kali pertama pada Superleggera V4.

Previous post

Kemas Kini Audi Q2 Meletakkan Enjin 1.5 liter Di Dalamnya

Next post

Takaaki Nakagami Lanjutkan Kontrak Bersama Honda Racing Corporation

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *