Sukan

Takaaki Nakagami Lanjutkan Kontrak Bersama Honda Racing Corporation

Honda Racing Corporation (HRC) mengumumkan bahawa ia telah mencapai persetujuan dengan pelumba Jepun, Takaaki Nakagami untuk melanjuntkan kontrak untuk beberapa tahun bermula tahun hadapan. Pelumba berusia 28 tahun itu kini bertanding dalam kelas premier MotoGP bersama pasukan LCR Honda IDEMITSU.

Beliau memulakan kariernya dalam kelas Moto2 pada tahun 2012. Sejak 2014, Nakagami berlumba untuk pasukan IDEMITSU Honda Team Asia yang merupakan sebahagian daripada inisiatif Honda untuk memupuk pelumba berbakat berkelas dunia.

Empat tahun kemudian, beliau dipromosikan ke kelas premier MotoGP, di mana beliau menamatkan musim sulungnya di tempat ke-20 keseluruhan. Tahun berikutnya, beliau berjaya memperbaiki kedudukan dengan menduduki tangga ke-13.

Untuk musim ini, Nakagami setakat ini berada di kedudukan ke-5 keseluruhan dan menduduki tempat 10 teratas dalam setiap perlumbaan. Dalam saingan GP Andalusia yang diadakan pada Julai lalu, beliau berjaya menamatkan perlumbaan di tempat keempat buat pertama kali dalam kariernya.

Beliau berkata, “Saya sangat gembira dapat terus berlumba untuk LCR Honda IDEMITSU untuk 2021 dan seterusnya. Saya berterima kasih kepada Honda atas sokongan padu mereka, yang membolehkan saya memanfaatkan sepenuhnya potensi saya pada musim ini”.

Previous post

Ducati Streetfighter V4 Kini Dalam Warna 'Dark Stealth'

Next post

Mengapa Jaguar Land Rover Menguji Bahan Baharu?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *