Khidmat MasyarakatTrak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Scania Regional Product Centre Gigih Meneruskan Climate Day Initiative

Scania Regional Product Centre (RPC) telah menonggak lebih jauh dalam sejarah kejayaan mereka apabila mereka mengambil inisiatif untuk ‘Tree Planting Exercise’ yang bertujuan untuk menempur perubahan iklim dan pemiliharaan alam sekitar. Majlis tersebut telah dilangsungkan di kilang pemasangan RPC di Pelabuhan Klang serta di hadiri oleh Pengarah Urusan Scania Asia Tenggara; Marie Sjödin Enström, Ketua Pegawai Kewangan Scania Asia Tenggara; Cik Chun Eunjoo dan mewakili RPC pula adalah Ketua Produk Serantau Pusat; Encik Lennart Wiksten.

Terdapat beberapa inisiatif yang akan diusahakan bagi menempur perubahan cuaca yang makin membimbangkan dan diantaranya adalah seperti usaha penanaman pokok ini yang merupakan sebuah ‘Scania 2025 Strategy’. Selepas berlangsungnya ‘UN Climate Action Summit’ di New York pada tahun lepas, Scania telah berikrar untuk menumpukan usaha mengurangkan karbon serta berkomitmen untuk mengurangkan pelepasan karbon pada scala dan kepantasan yang telah ditetapkan secara sains bagi  mengehadkan pemanasan global hingga 1.5 °C.

Dengan bangganya menjadi sebahagian daripada saat bersejarah ini, 40 orang tenaga kerja daripada RPC membina taman lanskap yang diperbuat daripada bahan kitar semula. Taman tersebut juga merupakan lokasi tiga anak pokok yang dikhaskan untuk latihan penanaman pokok  yang pertama oleh Scania. Marie diberikan penghormatan dengan menanam ‘Spurflower’ ataupun  nama saintifiknya, ‘Plectranthus Ecklonii’. Manakala Eunjoo diberikan penghormatan untuk menanam pokok ‘Hibiscus Rosa Sinensis’ ataupun lebih dikenali sebagai Bunga Kebangsaan Malaysia iaitu Bunga Raya. Tidak dilupakan Encik Lennart selaku wakili RPC telah memilih ‘Star Cluster’ ataupun nama saintifiknya ‘Pentas Lanceolata’.

“Hala tuju Scania bukan sahaja untuk maju ke hadapan dengan sistem pengangkutan lestari tetapi juga mewujudkan dunia mobiliti yang lebih baik untuk perniagaan, masyarakat dan alam sekitar. Di Malaysia, kami akan terus memberikan penyelesaiaan seperti Ecolution kepada para pelanggan kami yang dapat mengurangkan pelepas Karbon Dioksida (CO2) disamping meneruskan usaha kami di pejabat, bengkel dan kilang pengeluaran untuk mengurangkan jejak karbon,” ikrar Marie.

“Sebagai sebahagian daripada sistem produksi, kami juga berusaha untuk menyumbang dalam usaha mengatasi cabaran iklim. Kami dalam bahagian pengeluaran dan logistik mempunyai sasaran untuk mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 50% menjelang 2025. Tahun yang lalu kami mengambil bahagian dalam ‘Scania Climate Day‘ yang disebarkan dan disertai secara global. Hasil dari itu, banyak ide-ide bernas didapati untuk melindungi iklim kita. Sebuah forum kelestarian yang di pimpin oleh Pengurus kami, Encik Subramaniam Bala telah menyelaraskan ide-idea dan inisiatif serta peningkatan RPC yang kami dapat daripada rakan sekerja kami dari negara-negara ‘knock down world’ (KD) seperti Taiwan, Thailand, India, Russia, Sweeden, Brazil dan Africa Selatan ke dalam forum tersebut. Ianya juga merupakan inisiatif beliau untuk menanam pokok di RPC sebagai gerakan simbolik kepada usaha komitmen Scania yang berlanjutan untuk mendorong kepada perubahan yang lebih baik.” ulas Lennart.

Ditubuhkan pada tahun 1994, kilang pemasangan di RPC, Pelabuhan Klang adalah diantara enam RPC di serata dunia yang bertanggung jawab untuk pengeluaran CKD Scania Trucks and Buses yang pertama pada tahun 1995. Semenjak itu ia makin berkembang pesat dan menjadikannya sebagai salah satu kilang pemasangan secara profesional di dunia.

Previous post

Mercedes-Benz GLB Direka Untuk Kegunaan Keluarga

Next post

Daimler Didenda RM6.2 Bilion Kerana Penipuan Pelepasan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *