Khidmat Masyarakat

Kempen “No-Single-Use-Plastic” Di Sekolah-Sekolah Anjuran Scania Malaysia

Scania Malaysia terus mendidik sikap kemampanan kepada para bakal pemimpin melalui Program “No-Single-Use-Plastic” di sekolah-sekolah di Pulau Pinang dengan harapan usaha murni ini akan turut di contohi oleh syarikat-syarikat lain lebih-lebih lagi Syarikat multinational di Malaysia. 

BHP Banner Scania CSR 

CSR Scania 5

Kenyataan Media 

PULAU PINANG – Scania Malaysia mengedarkan bekas makan guna semula serta botol minuman kepada para pelajar, guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Dato’ Keramat di pelancaran Kempen No-Single-Use-Plastic yang dibiayai oleh “Master Sustainability by Scania”, pada hari ini (31 Julai 2019).

“Pengurangan penggunaan plastik tunggal adalah sangat penting memandangkan kita telah pun mengetahui akan kesan buruk bahan ini kepada ekosistem kita. Oleh yang demikian, kami amat berbesar hati untuk menyokong kempen yang diusahakan oleh Sekolah Kebangsaan Dato’ Keramat terutamanya sekali menyahut pergerakan kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mangharamkan penggunaan plastik tunggal di negeri tersebut,” kata Pengarah Urusan Scania Asia Tenggara, Marie Sjödin Enström.

CSR Scania 1

Dana “Master Sustainability by Scania” telah dilancarkan pada tahun lepas untuk mendorong dan membantu sekolah-sekolah rendah tempatan memulakan kurikulum dan aktiviti kurikulum tambahan atau projek-projek yang fokus tentang kemampanan. Sekolah Kebangsaan Dato’ Keramat adalah penerima kedua dana selepas Sekolah Kebangsaan Perdana Jaya, Subang Jaya yang menerima dana untuk projek perladangan bandar dan kesedaran alam sekitar yang dilancarkan pada bulan November tahun lalu.

“Melakukan perkara yang betul serta melakukannya dengan baik merupakan dua aspek utama untuk Scania. Kemampanan sentiasa berada dekat di hati kami dalam operasi di Scania dan adalah menjadi tanggungjawab kami untuk mendidik generasi muda supaya mereka akan menjadi bakal pemimpin dalam kemampanan.” tambah Marie.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Dato’ Keramat, Mohd Kamal Mohd Nor amat gembira apabila Scania Malaysia bersetuju untuk menyokong inisiatif “no-single-use-plastic” sekolah tersebut.

CSR Scania 2

“Ianya nampak seperti satu langkah yang kecil tetapi kesannya jika diteruskan secara konsisten akan menjadi besar dan akan membentuk set minda dan sikap yang betul di awal usia. Kami percaya dengan tersedianya kotak makan guna semula serta botol minuman ini, para pelajar boleh mengurangkan penggunaan plastik tunggal di samping menjalani kehidupan ke arah yang lebih mampan.” ujar Mohd Kamal.

Para ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam memastikan pengoptimuman penggunaan kotak makan ini dengan mengisi makanan yang disediakan dari rumah atau makanan ringan.

Dana “Master Sustainability by Scania” ditanggung oleh sebahagian daripada pendapatan jualan syarikat pengangkutan ini. Para sekolah digalak untuk mengemukakan projek kemampanan dan / atau idea-idea aktiviti dengan menghantar emel kepada Scania Malaysia di smyenquries@scania.com.

CSR Scania 4

 

 

 

 

Previous post

Pengedaran Berat Badan Toyota Supra Terbukti Di Sini

Next post

Pagani Huayra Roadster BC - Mainan Orang Kaya Dengan 800 HP

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *