Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Scania Terus Membina Perkongsian Yang Menguntungkan Dan Mampan

Scania Malaysia Senai terus membina perkongsian yang menguntungkan dan mampan dengan pelanggannya di Johor.

Mesej ini jelas disampaikan oleh Heba El Tarifi, Pengarah Urusan, Scania Asia Tenggara pada pelancaran rasmi Pusat Jualan dan Perkhidmatan Scania Malaysia di Senai (SMY Senai). Tetamu kehormat ialah Duta Besar Sweden ke Malaysia, Yang Terutama, Dr Joachim Bergstrőm. Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kulai, Johor, Haji Natazha Hariss. Turut hadir pada majlis gilang gemilang ini ialah Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kulai, Johor, Haji Natazha Hariss dan wakil dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia.

Sempena pelancaran itu, Scania New Truck Generation yang baharu telah diserahkan kepada Haji Jaafar Abu Bakar, Pengarah Urusan Kumpulan, Chemtrax Sdn Bhd.

DSC_0283-1st-choice

SMY Senai mula beroperasi pada Jun 2021 semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Kami terus menyokong industri pengangkutan dan logistik negara dan negeri, khususnya Wilayah Selatan Semenanjung Malaysia walaupun dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara. Kami sememangnya ingin melancarkan majlis ini semasa tempoh tersebut tetapi dengan mengadakannya pada hari ini, ternyata majlis ini lebih meriah. Kami akan terus berdaya tahan demi pelanggan kami yang merupakan sebahagian daripada sektor perkhidmatan penting,” kata Heba.

DSC_0364-speech diplomat

SMY Senai berkeluasan tanah kira-kira 5,000 meter persegi dengan kawasan lapang yang luas dan banyak landskap paru-paru hijau. Lampu LED digunakan di seluruh premis. Sistem penuaian air hujan, sistem pendispensan minyak tercanggih bersepadu, sistem pengurusan minyak sisa dan stesen alam sekitar untuk memastikan pengasingan dan kitar semula sisa; semuanya dipasang untuk memenuhi objektif kemampanan Scania. Panel solar akan dipasang seterusnya untuk memanfaatkan tenaga boleh diperbaharui daripada limpahan cahaya matahari di Malaysia. Bengkel ini mempunyai 16 tempat kerja, sebuah kren atas; semuanya dikendalikan oleh pasukan pekerja yang terlatih.

SMY Senai terus bekerjasama dengan pelanggan berdasarkan pendekatan Total Solutions ke arah kejayaan dan keuntungan mereka. Melalui Pelan Ansuran Scania R&M7 (IPR&M7),

DSC_0482-Heba-briefing-the-VIP-group-at-Zone-A

pelanggan bukan sahaja akan mendapat keuntungan esok tetapi kini sudah pun  mendapat pulangan segera daripada pelaburan mereka. Selain itu, semua trak dan bas Scania baharu yang dibeli pada tahun 2021 dilengkapi dengan Mod Ekonomi tetapan default untuk menjimatkan lebih banyak minyak – bagi pelanggan yang mempunyai kenderaan sebelum tahun ini, mereka boleh berkunjung ke SMY Senai untuk mengaktifkannya. Semua manfaat ini dilancarkan dalam acara penutupan tahun ini yang mencabar lagi memuaskan. Scania yang sedang menyambut 50 Tahun Pertama di Malaysia, pada masa yang sama juga mengadakan sambutan 130 tahun pada bulan ini.

DSC_0513-Heba-describbing-the-function-of-the-rain-harvester-tank

Terdapat lebih 200 trak dan koc daripada lebih 30 pelanggan Scania Ecolution yang telah memperoleh status ‘A Good Company’ dengan mengurangkan penggunaan bahan api mereka mengakibatkan pengurangan pelepasan Karbon Dioxida (CO2) kepada alam sekitar. Kami kini mengiktiraf pemandu pelanggan ini dalam pertandingan ‘A Good Driver’ yang telah dilancarkan pada 1 Disember 2021.

DSC_0620-Heba-explaining-about-the-oil-dispenser-and-waste-oil-collector-tank

“Kemampanan dan keuntungan bergerak seiring. Scania Ecolution dan pelanggan kami telah membuktikannya dan hanya boleh ditambah baik di sini. Ini merupakan petanda baik untuk peralihan ke arah sistem pengangkutan yang lebih mampan di negara ini, yang membawa kepada Sasaran Berasaskan Sains Scania bagi inisiatif Sasaran Berasaskan Sains (SBTi) yang dirancang pada Perjanjian Paris 2015,” kata Anders Liss, Pengurus Wilayah – Wilayah Selatan, Scania Asia Tenggara “Inilah sebabnya mengapa MOU Scania Ecolution dan perkhidmatan pembaikan dan penyelenggaraan semakin mendapat pengiktirafan, dan kemudahan baharu kami ini akan memberikan sokongan yang berterusan.”

Previous post

RFID Dilaksanakan Di Semua Tol PLUS Bermula 15 Januari 2022

Next post

Apa Yang Perlu Dilakukan Dengan Kenderaan Dalam Bahaya Banjir

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *