Gaya Hidup

Beli Starbucks dan Anda Mungkin Membawa Pulang Sebuah Peugeot 3008 SUV Plus

Nasim Sdn Bhd, pengedar rasmi jenama Peugeot di Malaysia, telah pelancaran ‘Sip & Win’ yang diadakan dengan kerjasama Starbucks Malaysia.

Menerusi peraduan ini, pelanggan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM160,000 termasuk hadiah utama iaitu sebuah Peugeot 3008 SUV Plus.

“Seperti Starbucks, Peugeot mempunyai identiti sebagai jenama gaya yang menawarkan gaya kontemporari dan teknologi inovatif untuk mencipta pengalaman pemanduan yang baharu. Saya pasti Peugeot dan Starbucks akan mendapat manfaat daripada kerjasama ini,” kata Dato’ Nik Hamdam Nik Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Automotif, Naza Corporation Holdings Sdn Bhd.

Selain hadiah utama tersebut, Starbucks Malaysia menawarkan hadiah berupa lima fon kepala tanpa wayar Sony WH-1000MX, tujuh tumbler Starbucks Holiday Edition Swarovski serta 50 kad Starbucks. Cabutan untuk tiga hadiah teratas, termasuk hadiah utama, akan dilakukan di hadapan penonton secara langsung pada awal tahun hadapan.

Untuk menyertai peraduan ‘Win & Slip’, anda hanya perlu berbelanja minimum RM30 dalam satu resit dengan kad Starbucks atau aplikasi mudah alih di mana-mana kedai Starbucks di seluruh negara antara 1 September dan 30 November 2020. Peraduan ini terbuka kepada semua ahli Starbucks Rewards berumur 18 tahun ke atas dan menetap di Malaysia.

Previous post

VIDEO: Remaja 16 Tahun Catat Rekod Slalom Terpantas

Next post

Mitsubishi Xpander Akan Dipasang di Pekan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *