Berita Auto

VIDEO: Remaja 16 Tahun Catat Rekod Slalom Terpantas

Walaupun baru berusia 16 tahun, Chloe Chambers sudah menempa namanya dalam Rekod Dunia Guinness apabila berjaya mencatat masa slalom terpantas iaitu 47.45 saat.

Remaja yang berasal dari New York itu memandu sebuah Porsche 718 Spyder versi manual melepasi 50 buah kon yang diletakkan pada jarak 15.05 meter antara satu sama lain. Beliau secara tidak langsung memecahkan rekod slalom sebelum ini iaitu 48.11 saat.

“Ia nampak mudah, tetapi sebenarnya tidak – untuk melepasi 50 kon sepantas mungkin, cuba untuk mengejar masa dan tidak boleh menyentuh satu pun kon tersebut – saya dapat merasakan tekanannya,” kata Chambers.

“Semuanya berjalan dengan lancar pada percubaan terakhir saya. Kereta berfungsi dengan baik dan saya mendapat cengkaman yang diperlukan. Terima kasih kepada keluarga saya dan Porsche kerana menyokong dan mempercayai saya.”

Chambers bukanlah calang-calang remaja. Selain memegang pinggang tali hitam dalam taekwondo, beliau juga merupakan pelumba go-kart dan pernah bergelar juara negeri pada usia 11 tahun.

Berbekalkan pengalaman berlumbanya, Chambers dapat menyesuaikan dirinya dengen jentera sport yang dikuasakan oleh enjin turbo 4.0-liter enam silinder itu. Diperkenalkan pada tahun lalu, 718 Spyder mempunyai 420 PS dan 440 Nm yang membolehkannya memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 4.4 saat.

Previous post

Xpeng P7 Tawar Jarak Pemanduan Sejauh 706 km

Next post

Beli Starbucks dan Anda Mungkin Membawa Pulang Sebuah Peugeot 3008 SUV Plus

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *