Berita Auto

Mitsubishi Xpander Akan Dipasang di Pekan

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengesahkan bahawa SUV tujuh tempat duduk yang ditunggu-tunggu iaitu Xpander akan dipasang secara tempatan (CKD) di Pekan, Pahang.

Sebelum ini, model-model CKD Mitsubishi iaitu ASX dan Outlander dipasang di kilang Tan Chong Motors Assembly di Segambut.

Menurut Tomoyuki Shinnishi, Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Xpander dipasang secara tempatan bagi memenuhi permintaan pelanggan di Malaysia. Ia akan ditawarkan pada harga yang kompetitif bagi menarik minat mereka yang mahukan SUV tujuh tempat duduk yang mampu milik dan praktikal.

Tambah Tomoyuki lagi, Xpander akan dibuka untuk tempahan tidak lama lagi.

Kilang pemasangan baharu di Pekan akan menampilkan fasiliti kimpalan badan lengkap dengan peralatan kimpalan baharu, serta teknologi mengecat canggih termasuk salutan ED 360 darjah dan sistem semburan robotik bagi mencegah kakisan serta mendapatkan kemasan cat yang konsisten.

Bukan itu sahaja, kilang pemasangan tersebut juga mempunyai barisan ujian serba baharu untuk memeriksa semua fungsi keselamatan termasuk sistem Kawalan Kestabilan Aktif (ASC).

Xpander akan dipertontonkan di Mid Valley Megamall bermula hari ini hingga 13 September dari 10 pagi hingga 10 malam. Pelanggan juga boleh mendaftar minat mereka di laman web MMM.

Previous post

Beli Starbucks dan Anda Mungkin Membawa Pulang Sebuah Peugeot 3008 SUV Plus

Next post

Tidak Perlu Jalani Pemeriksaan PUSPAKOM Untuk Perbaharui Cukai Jalan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *