Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Ram 1500 TRX Sedia Cabar Ford F-150 Raptor

Sebuah lagi trak pikap berkuasa tinggi telah dilancarkan di Amerika Syarikat dan kali ini ia adalah Ram 1500 TRX. Ram Trucks menggelarnya sebagai “trak pengeluaran massa paling laju, pantas dan berkuasa di dunia” dan kami sedikit pun tidak berasa ragu-ragu tentang kenyataan itu.

Ini kerana di bawah hud, terdapat enjin 6.2-liter supercharged HEMI V8 yang menghasilkan 702 hp dan 818 Nm, jauh lebih tinggi berbanding pesaing terdekatnya iaitu Ford F-150 Raptor.

Dengan gandingan transmisi automatik lapan kelajuan TorqueFlite 8HP95 dan sistem pacuan empat roda, jentera ini mampu memecut dari 0 hingga 96 km/h dalam hanya 4.5 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 190 km/j.

Tidak cukup prestasi pecutan yang mengagumkan, Ram TRX juga direka untuk berhadapan dengan permukaan-permukaan off-road yang paling mencabar. Antara kelengkapan yang disertakan termasuklah peredam adaptif Bilstein Black Hawk e2, ‘solid rear axle’ Dana 60 dan juga ‘transfer case’ Borgwarner yang menampilkan komponen dalaman yang lebih kukuh.

Selain itu, sudut pendekatan 30.2 darjah, sudut ‘breakover’ 21.9 darjah, sudut pelepasan 23.5 darjah dan jarak kelegaan tanah 11.8 inci membolehkan trak ini pergi ke mana sahaja.

Ram TRX dipasang di Michigan dan akan memasuki pasaran AS bermula lewat tahun ini dengan harga bermula $69,995. Ram akan menawarkan model Launch Edition yang dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan tambahan seperti rim ‘beadlock’, bumbung panoramik, sistem audio Harman Kardon dengan 19 pembesar suara dan warna Anvil Grey. Pengeluaran Launch Edition diterhadkan kepada 702 unit sahaja.

Previous post

Yamaha TMAX Kacukan R1 Rekaan Lobomotive

Next post

Mercedes Benz Australia Panggil Balik 30,105 Kereta Kerana Masalah Sunroof

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *