Berita Auto

Cycle & Carriage Autohaus Dibuka di Alor Setar

Cycle & Carriage Bintang Berhad (C&C) dan Mercedes-Benz Malaysia (MBM) baru-baru ini telah melancarkan Cycle & Carriage Alor Setar Autohaus. Ia merupakan kemudahan C&C kedua yang menampilkan konsep Mercedes-Benz Retail Brand Presence selepas Mutiara Damansara Autohaus yang dilancarkan pada Ogos tahun lalu.

Berpindah dari lokasi lama ke lokasi baharu, Alor Setar Autohaus menggunakan konsep seni bina moden dengan identiti korporat terbaru Mercedes-Benz yang melahirkan suasana yang luas dan selesa,

Cawangan ini disokong oleh pasukan yang terdiri daripada Star Assistant, eksekutif jualan, pakar produk dan juruteknik selepas jualan yang terlatih.

Sebaik sahaja melangkah masuk ke bilik pameran, pelanggan yang telah membuat janji temu lebih awal akan disambut oleh Star Assistant yang akan memberitahu perunding tentang ketibaan mereka.

Pelanggan yang tidak membuat janji temu pula akan dirujuk kepada pakar produk yang akan membawa mereka ke ruang menunggu, di mana rundingan akan dijalankan di tempat duduk yang privasi atau terbuka.

Konsep baru ini juga menggunakan keseluruhan ruang pameran untuk orientasi perkhidmatan pelanggan tanpa ruang kerja tetap. Sementara itu, pelanggan yang menunggu kereta mereka siap diservis boleh menikmati pelbagai makanan dan minuman di cafe.

Menurut C&C, dua lagi Autohaus iaitu di Johor Bahru dan Ipoh bakal dibuka menjelang akhir tahun ini.

Previous post

Jualan Kereta Proton Melonjak Pada Bulan Jun

Next post

Volkswagen Tiguan Facelift Lebih Segak dan Canggih

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *