Berita Auto

Jualan Kereta Proton Melonjak Pada Bulan Jun

Jualan kenderaan di Malaysia meningkat naik semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada bulan Jun susulan insentif daripada kerajaan dan permintaan meningkat yang telah melonjakkan Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) berbanding pada tahun 2019.

Proton turut memperoleh keuntungan daripada pertumbuhan ini kerana jualan bagi jenama automotif Malaysia dianggarkan merangkumi 66.4% pasaran pada bulan ini.

Dengan jualan sebanyak 9,623 unit, Proton mencatat bulan penjualan kedua terbaik pada tahun 2020 dengan tiga model mendahului jualan dalam segmen masing-masing.

Angka tersebut juga menunjukkan pertumbuhan 69.5% berbanding Mei 2020 dan kenaikan 26.3% berbanding bulan yang sama tahun lalu ketika dunia masih belum lagi dijangkiti wabak.

Dengan angka pegangan pasaran setakat ini sebanyak 21.2%, kutipan jualan Proton untuk separuh pertama tahun ini menunjukkan kenaikan 6.5% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Jurang jumlah keseluruhan berbanding 2019 juga menurun menjadi hanya 14.6%, pencapaian luar biasa sebanyak hampir tiga kali lebih baik daripada jenama pesaing.

Saga telah mendorong kenaikan jualan syarikat dengan mencatat prestasi penjualan terbaik dalam tempoh 70 bulan iaitu sebanyak 4,447 unit, manakala X70 mengekalkan kedudukannya sebagai SUV segmen C terlaris di negara ini dengan 1,909 unit terjual pada bulan lalu.

Sementara itu, Persona masih berada di kedudukan teratas dalam kategori sedan segmen B untuk bulan kedua berturut-turut. Walaupun terdapat penurunan jualan selama dua bulan, jumlah kumulatifnya mencatat lebih 25.1% berbanding tahun lepas. Exora kekal menjadi MPV segmen C terlaris dan Iriz pula berada di kedudukan ketiga di dalam kategorinya.

Previous post

Bell & Ross 03-92 Diver Full LUM Untuk Penyelam Cuti Cuti Diving

Next post

Cycle & Carriage Autohaus Dibuka di Alor Setar

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *