Berita Auto

Volkswagen Tiguan Facelift Lebih Segak dan Canggih

Volkswagen telah memperkenalkan Tiguan versi facelift yang hadir dengan reka bentuk yang menyerupai Golf Mk8 serta beberapa teknologi baharu bagi menjadikannya ia lebih relevan untuk bersaing dalam segmen SUV yang semakin lama semakin sengit.

Bahagian hadapan Tiguan diberikan pembaharuan yang menyeluruh dengan rekaan lampu yang lebih menarik dan gril yang lebih lebar yang menempatkan logo terbaru jenama itu. Bampar turut diberi sentuhan segar dan ini termasuklah bukaan udara yang luas untuk versi R-Line.

Untuk bahagian belakang, selain grafik baharu untuk lampu belakang LED, model ini juga mendapat tulisan “Tiguan” di bawah logo dan lambang “4Motion” baharu untuk versi pacuan semua roda.

Selain itu, tailgate kuasa ditawarkan untuk model-model pertengahan manakala pilihan reka bentuk rim turut dikemaskini.

Berbeza dengan bahagian luarannya, ruang kabin Tiguan tidak begitu jauh berbeza berbanding sebelum ini. Apa yang ditambah adalah roda stereng multifungsi baharu dan sistem infotainmen versi terkini iaitu Modular Infotainment Matrix (MIB 3).

Bercakap tentang sistem infotainmen, model ini didatangkan dengan paparan lapan inci sebagai kelengkapan standard namun varian-varian yang lebih tinggi mendapat paparan lebih besar yang berukuran 10.25 inci.

Turut ditawarkan adalah sistem pencahayaan ambien dengan 15 pilihan warna, kemasan dan trim baharu serta sistem audio premium berkapasiti 480 watt.

Tiguan versi pasaran US menerima enjin TSI (EA888) empat silinder dengan kuasa berjumlah 184 hp dan 300 Nm, dan transmisi automatik lapan kelajuan. Bagi pasaran Eropah, model ini ditawarkan dalam versi hibrid plug-in (eHybrid) dan R yang mempunyai 320 PS dan R-Performance Torque Vectoring.

Dari segi teknologi bantuan pemandu, Tiguan kini dilengkapi dengan Travel Assist yang ditugaskan untuk mengawal stereng, brek dan pendikit pada kelajuan antara 0 hingga 209 km/j. Volkswagen turut menambah baik sistem Adaptive Cruise Control bagi membolehkannya ia mengesan had kelajuan dan mengimbas papan tanda, simpang dan bulatan.

Previous post

Cycle & Carriage Autohaus Dibuka di Alor Setar

Next post

Honda Civic Terus Dahului Segmen C

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *