Berita Auto

Bilik Pameran Subaru Dibuka Semula Hari Ini

TC Subaru mengumumkan bahawa bilik pameran Subaru akan dibuka bermula hari ini.

Berikut adalah senarai cawangan Subaru yang akan menyambung operasi:

  • Motor Image Petaling Jaya
  • Motor Image Kuala Lumpur
  • Motor Image Cheras
  • Subaru Old Klang Road
  • Subaru Setapak
  • Subaru Kluang
  • Subaru Muar
  • Subaru Cheng
  • Subaru Puchong
  • Subaru Kajang
  • Subaru Seremban
  • Subaru Putrajaya
  • Subaru Kepong
  • Subaru Sitiawan
  • Subaru Ipoh
  • Subaru Langkawi

Selain itu, TC Subaru juga akan membuka semula pusat servisnya di Johor Bahru dengan waktu operasi 9 pagi hingga 1 petang. Berikut adalah pusat servis Subaru yang telah beroperasi sejak 27 Mac lalu:

  • Motor Image Petaling Jaya (9 pagi – 4 petang)
  • Motor Image Cheras (9 pagi – 4 petang)
  • Motor Image Georgetown (9 pagi – 4 petang)
  • Motor Image Bukit Mertajam (9 pagi – 2 petang)

Bagi mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, pelanggan hanya boleh menghantar dan mengambil kenderaan mereka dan tidak dibenarkan menunggu di pusat servis.

Setiap kenderaan akan disanitasi sebelum dan selepas servis. Pada masa yang sama, langkah keselamatan seperti pembasmian kuman di kawasan kerja, pengambilan suhu dan penggunaan topeng muka, cecair pencuci tangan dan penyembur disinfektan turut dipraktikkan di setiap premis Subaru bagi membendung penyebaran virus Covid-19.

Selain itu, TC Subaru turut memperkenalkan inisiatif ‘pandu uji di rumah’ di mana perunding jualan kini boleh membawa kenderaan pandu uji terus ke rumah pelanggan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Subaru.

Previous post

Audi Q5 TFSIe Model Hibrid Pertama Ditala oleh ABT

Next post

AL Kisah Rolls-Royce Meraikan Ulangtahun Ke 116

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *