Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Audi Q5 TFSIe Model Hibrid Pertama Ditala oleh ABT

Kereta yang ditala oleh syarikat tuner terkenal ABT biasanya terdiri daripada model-model berkuasa tinggi dengan enjin yang besar. Tetapi kali ini agak berbeza kerana ABT telah memilih untuk menaik taraf sebuah model hibrid iaitu Audi Q5 55 TFSIe.

Dilancarkan pada akhir tahun lalu, Q5 55 TFSIe menampilkan gabungan enjin turbo 2.0-liter empat silinder dan sebuah motor elektrik yang menghasilkan kuasa keseluruhan berjumlah 362 hp dan 500 Nm.

Dengan peningkatan yang dilakukan pada enjin tersebut dan tanpa apa-apa modifikasi terhadap bateri dan motor elektrik, ABT berjaya meningkatkan kuasa keseluruhan SUV hibrid itu kepada 425 hp dan 550 Nm.

Prestasinya tidak didedahkan namun dalam versi standard, Q5 TFSIe boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 5.3 saat. Angka ini boleh dikatakan mengagumkan memandangkan jentera ini mempunyai berat melebihi dua tan.

ABT turut menawarkan pakej naik taraf untuk varian 50 TFSIe, di mana kuasa ditingkatkan dari 299 hp/450 Nm kepada 357 hp/500 Nm.

Sebagai pelengkap pakej, pelanggan juga boleh mendapatkan rim ABT GR berukuran 20 inci, serta beberapa aksesori untuk bahagian dalaman seperti lampu projektor logo, penutup suis Start/Stop dan tombol gear.

Previous post

Ferrari Buka Semula Kilang Selepas Lebih Sebulan Ditutup

Next post

Bilik Pameran Subaru Dibuka Semula Hari Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *