Kemalangan / Rosak / Recall

Jika Anda Sangsi Akan Keajaiban Tali Keledar & Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Ini Buktinya

12:00 tgh 12 Ogos 2019. 3 sekeluarga, dalam perjalanan pulang mengalami kemalangan. Sepasang suami isteri dan anak mereka yang berusia 4 bulan tiba-tiba mendapati diri mereka didalam kereta yang terbalik. Dalam keadaan terbalik suami isteri panik mencari anak mereka kerana kerusi kanak-kanak tidak kelihatan. Dalam beberapa saat, anak mereka menangis dan dia dijumpai dengan tali leledar masih terikat dalam kerusi kanak-kanaknya dalam keadaan terbalik.
Walaupun kermalangan dan kereta mereka terbalik, ketiga sekeluarga selamat tanpa sebarang kecederaan.
Itulah kuasa menyelamat tali pinggang keledar dan kerusi kanak-kanak.
Jangan abaikannya. Malang tidak berbau. Malapetaka boleh berlaku bila bila masa kepada sesiapa saja.
Berkeras dan pastikan pakai tali pinggang keledar untuk semua depan belakang dan kerusi kanak-kanak untuk anak-anak sebelum berrgerak. Kalau tidak pakai jangan bergerak.
BHPetrol Merdeka Contest Banner
Ini dia testimoni isteri keluarga (dari facebook beliau) yang terlibat dalam kemalangan ini:
HEBATNYA PERCATURAN ALLAH SWT.
Assalamualaikum semua sanak saudara dan rakan taulan. Keluarga kecil saya baru mengalami kemalangan yang tragis pada 12.00pm semalam 12 August 2019.
babyseat1
Alhamdulillah ajaibnya kuasa Allah, kami bertiga tidak mengalami apa-apa kecederaan langsung terutama anak kami yang berusia 4 bulan.
babyseat2
Kalau tengok pada gambar kereta semua ingat kami cedera teruk.
babyseat3
PENTINGNYA CAR SEAT
Asytar memang tidur sepanjang perjalanan semalam. Lepas kejadian kereta terbalik suasana sunyi sepi. Dalam keadaan terbalik kami mencari menjerit nama Asytar sebab saya tak jumpa car seat.
Alhamdulillah selepas beberapa saat kami terdengar tangisan Asytar. Dalam keadaan upside down Asytar berada dalam keadaan buckle up di dalam car seat. Saya baring di bawah Asytar dan cepat-cepat buka buckle nak keluarkan Asytar dari kereta. Dalam keadaan kereta upside down lega bila tengok car seat dan Asytar masih dalam keadaan baik. Suami dapat keluar kereta dahulu dan cepat-cepat ambil Asytar dari saya. Alhamdulillah bersyukur kami sekali lagi Asytar terus berhenti menangis seperti tiada apa yang berlaku.
babyseat4
Kami agak terlambat ajar Asytar duduk dalam car seat sebenarnya. Kadang-kadang memang kesian kalau dia menangis taknak duduk car seat tapi kami keringkan hati biarkan dia menangis dalam carseat. Alhamdulillah sekarang he get used to it. Lepas apa yang terjadi depan mata sendiri saya nak memberi kesedaran supaya parents luar sana especially orang-orang yang rapat dengan saya, kalau anda sayangkan anak-anak anda saya merayu tolonglah didik anak anda duduk dalam car seat seawal usianya baru lahir. Tiada siapa tahu apa yang akan terjadi dalam hidup kita. So kita kena take extra precaution before kita menyesal di kemudian hari. Kereta boleh beli, nyawa anak tiada gantinya.
Alhamdulillah Asytar sangat active lepas kejadian sampai hari ni. Hari ni kami bawa dia pergi clinic dan specialist. Alhamdulillah tiada tanda2 serius terjadi dekat Asytar. Mungkin Allah tu lindung Asytar yang tidak berdosa, dengan ibu dan ayah Allah lindung sekali untuk terus menjaga Asytar sehingga akhir hayat kami. Setiap kali solat saya tak pernah fail minta supaya Allah sentiasa lindungi Asytar Rizqi Akmal supaya sentiasa dibawah lindungan dan rahmat Allah SWT. Gambar ketiga adalah gambar Asytar duduk dalam car seat yang sama pada hari ini. Car seat masih dalam keadaan baik setelah apa yang terjadi semalam.
babyseat5
ALLAH MAHA BESAR, MAHA MELINDUNGI
Hebatnya kuasa Allah bila Allah hantar orang yang betul-betul ikhlas menolong kami. Cuma satu je kami ralat. Kami tak sempat berterima kasih pada keluarga yang menolong kami semalam. Abang dan kakak tu berserta keluarga melalui jalan yang sama untuk pulang ke Ipoh. Abang tu yang menyambut Asytar dari suami saya terus dia beri pada isteri dia. Dalam kami masih kusut, kakak tu jaga Asytar selama 2 jam macam anak dia sendiri walaupun bersempit-sempit dengan anak-anak dia dalam kereta. Kami terhutang budi dan nyawa pada keluarga tersebut.
Kalaulah abang dengan kakak tu tak ada tak tau lah Asytar macam mana tengah panas sementara menunggu keluarga saya datang beri bantuan. Ya Allah ikhlasnya keluarga tu sampai sanggup tunggu berjam-jam padahal perjalanan mereka masih jauh lagi. Disebabkan trauma dan kelam kabut semalam kami tak sempat nak minta contact number pada abang dan kakak tu. Gambar keempat tu kakak tu tengah dukung Asytar dengan anak kecil dia sekali. Video yang kelima agak blur tapi ada nampak sipi2 kereta dan abang yang tolong kami tu. Dengan kuasa viral, kalaulah abang dan kakak tu baca post kami ini, mintak tolong contact saya di nombor 0122628220 dan suami 0126410243.
Terima kasih tak terhingga pada keluarga Raja Nor Laila, Raja Shahrul Nizam dan Raja Norzakiah terutama Wan Shyrell, Raja Adly Izuan Badak-king, Raja Shahrul Nizam, Wan Shyney dan Amy Rahimi sebab bersama dan menunggu kami sehingga selesai semuanya. Jasa anda tak terbalas, hanya Allah yang dapat membalas. Terima kasih juga pada semua yang mendoakan kesejahteraan kami. Semoga kita semua dijauhkan dari segala perkara buruk yang tidak kita ingini.
“Benda yang rosak boleh dibaiki dan dibeli, nyawa yang hilang tiada galang gantinya.”

Previous post

Volkswagen T-Roc Cabriolet Untuk Golongan Mahukan Kelainan

Next post

Ada Raja Sedan Baharu! Dodge Charger SRT Hellcat Widebody Daytona Ulangtahun Ke-50

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *