Berita Auto

Volkswagen T-Roc Cabriolet Untuk Golongan Mahukan Kelainan

Nissan Murano CrossCabriolet dan Range Rover Evoque Convertible mendapat sambutan yang hambar daripada pelanggan namun ini tidak menghalang Volkswagen untuk memperkenalkan crossover bumbung terbuka mereka tersendiri iaitu T-Roc Cabriolet.

Volkswagen T-Roc Cabriolet

Bakal membuat kemunculan di Frankfurt Motor Show (IAA) pada September ini, T-Roc Cabriolet tampil dengan reka bentuk yang sama seperti T-Roc biasa kecuali ia mempunyai bumbung fabrik yang boleh dibuka atau ditutup dalam masa sembilan saat, walaupun ketika kereta bergerak pada kelajuan sehingga 30 km/j.

vw-t-roc-cabriolet-2019

Sudah tentu, sistem keselamatan pada model ini juga dinaik taraf jika dibandingkan dengan versi yang mempunyai bumbung. T-Roc Cabriolet dilengkapi dengan sistem perlindungan ‘roll over’ yang terletak di belakang perehat kepala kerusi belakang. Sistem ini akan diaktifkan sekiranya kenderaan melepasi tahap kecondongan tertentu.

vw-t-roc-cabriolet-2019 (1)

Selain itu, bingkai cermin hadapan turut diperkuatkan manakala struktur-struktur tertentu turut diubahsuai bagi memastikan tahap keselamatan maksimum.

vw-t-roc-cabriolet-2019 (2)

T-Roc Cabriolet ditawarkan dengan dua pakej iaitu Style dan R-Line. Sebagai pakej yang lebih sporty, R-Line merangkumi talaan yang lebih sporty diiringi dengan sistem stereng progresif yang sensitif kelajuan. Selain paparan info aktif berukuran 11.7 inci, model ini juga boleh didapati dengan sistem infotainment generasi baharu MIB3 yang menampilkan ciri eSIM yang membolehkan pelanggan menggunakan pelbagai servis dalam talian.

vw-t-roc-cabriolet-2019 (3)

Pelanggan boleh memilih antara dua enjin turbo petrol iaitu 1.0-liter tiga silinder dengan 115 PS dan 1.5-liter empat silinder dengan 150 PS. Transmisi manual enam kelajuan adalah standard bagi kedua-dua varian, namun versi 1.5 turut ditawarkan dengan transmisi automatik klac berkembar tujuh kelajuan.

Previous post

Honda Malaysia Jalin Kerjasama Dengan Astro Radio, Tealive dan Unifi

Next post

Jika Anda Sangsi Akan Keajaiban Tali Keledar & Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Ini Buktinya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *