Psst!

Peugeot 4008 Menyaingi SUV Sport German

Kami baru sahaja melihat imej-imej baru Peugeot 4008 di www.autoexpress.co.uk dan ia nampak sungguh menarik. Untuk diposisikan di antara 3008 yang popular dan 5008  yang baharu, SUV saiz sukan ini akan berada di antara panjang 4.45m 3008 dan 4.65m 5008.BHP Banner 4008

Berdasarkan platform EMP2, Peugeot 4008 ini akan menjadi sepupu kepada Citroen DS7 Crossback dan dikhabarkan akan berenjin 300hp disamping Peugeot melihat ke arah kuasa hibrid.peugot 4008 3Oleh kerana pasaran Eropah dan pembeli global berpindah dari sedan tradisional dan lebih mendekat kepada SUV dan Crossovers, Peugeot mahu memperluaskan rangkaian SUVnya dan ini hanya permulaan.

peugot 4008 4

Peugeot juga menyasarkan untuk memasuki pasaran saingannya di Jerman kerana 4008 ini mensasarkan pembeli BMW X4, Audi Q4 dan Mercedes GLE Coupe dengan kedudukan harga yang lebih baik sambil menyediakan kesesuaian kabin dan bahan yang mencabar.

Tarikh pelancaran mungkin 2020 dan Peugeot 4008 akan dipasarkan di Perancis dengan harganya bermula dari 30,000 euro.  peugot 4008 2

 

Previous post

“Lemon Laws” - Perlindungan Kepada Pembeli Jika Barang Yang Dibeli (Kereta) Rosak Dan Tidak Boleh Dibaiki

Next post

Proton Mulakan Projek Kilang Pemasangan di Pakistan

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *