Promosi / Tawaran / Peraduan

Menghargai Hari Ibu dengan Pengembaraan Bersama Ford Ranger

Peluang Menyambung Silaturahim dan Mengasah Kemahiran Pemanduan 4×4 di Gunung Jerai dan Cameron Highlands.

Gaya hidup 4×4 menjadi semakin popular dalam tahun-tahun terkini, dengan ramai orang yang memilih trak pikap seperti Ford Ranger untuk menjelajah pada hujung minggu, sambil menggunakannya untuk kerja dan keluarga. Pemilik Ford Ranger yang ingin mengalami pengembaraan hujung minggu yang menyeronokkan di atas jalan dan off-road, sambil menikmati udara segar di kawasan gunung boleh menantikan dua Ford Ranger Getaways baharu.

CH5-4.5

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia, menganjurkan dua Getaways khas untuk meraikan Hari Ibu pada bulan Mei ini, yang menawarkan cara yang baru dan menawan untuk menghargai ibu-ibu yang disayangi. Getaways yang pertama adalah pernerokaan alam semula jadi di Gunung Jerai pada 6 Mei 2023, manakala Getaways yang kedua adalah mengejari terbitan matahari di Cameron Highlands pada 27-28 Mei 2023.

Selain daripada menikmati perjalanan yang menyenangkan dan meneroka keindahan landskap alam sekitar yang indah di sana bersama keluarga dan rakan, kedua-dua perjalanan ini juga merupakan peluang untuk bertemu dan menjalin hubungan serta rangkaian dengan pemilik Ranger lain yang mempunyai minat sama.

Gunung Jerai, Kedah menawarkan cabaran 4×4 yang menyeronokkan, di mana peserta dapat mempelajari tentang ciri kawalan menuruni curam, bantuan mula mendaki dan laluan condong sisi di Bukit Kuang yang dikendalikan oleh pelatih profesional. Manakala di Cameron Highlands, Pahang, peserta akan berkonvoi sejauh 40 km menuju ke sudut pemandangan misteri untuk menyaksikan sendiri terbitan matahari yang menakjubkan.

Pemilik Ranger generasi baharu boleh menikmati potongan harga 30% untuk Ford Ranger Getaways melalui kod kad keistimewaan Inner Circle mereka. Untuk maklumat lanjut berkaitan Ford Ranger Getaways Mei ini, serta senarai aktiviti lainnya untuk bulan-bulan mendatang, layari platform e-dagang SDAC-Ford.

Jangan lepaskan peluang untuk menjelajahi keindahan alam semulajadi Malaysia bersama Ford Ranger dan komuniti penggemarnya pada bulan Mei ini!

Untuk maklumat lanjut berkaitan Ford Ranger Getaways Mei nanti, serta senarai aktiviti lainnya untuk bulan-bulan mendatang, layari platform e-dagang SDAC-Ford. Melalui platform atas talian ini, pelanggan juga boleh memilih percutian yang diinginkan, membuat tempahan serta bayaran.

Untuk maklumat lanjut tentang Ranger generasi baharu, SDAC dan Ford, ikuti Ford Malaysia di  FacebookInstagramTwitter dan YouTube atau layari www.sdacford.com.my.

Previous post

Mazda 3 Baharu: Keanggunan, Kepraktisan, dan Teknologi Terkini

Next post

AHTV Sasar Tarik Pelaburan dari Pelbagai Syarikat Global

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *