Berita Auto

GMA T.33 Spider Debut Dengan Kotak Gear Manual Sahaja

GMA T.33 Spider ialah pengajaran kepada jutawan: selalu tunggu model convertible dahulu.

Pembuatan automotif yang berpangkalan di UK nampaknya dilakukan dengan terbaik dalam jumlah yang rendah. Pereka legenda McLaren F1 Gordon Murray menjual kesemua 100 unit hypercar Gordon Murray Automotive (GMA) T.50nya, kemudian menjual kesemua 100 supercar T.33 miliknya. Kini dia menunjukkan versi convertible T.33 dengan harapan dapat menjual 100 kenderaan prestasi yang lebih mahal.

Pada asasnya, T.33 Spider hanyalah versi open top T.33 yang asal. Walau bagaimanapun, ia tidak semudah memotong buang bumbung untuk mencipta kenderaan baharu.

Bumbung T.33 Spider diperbuat daripada dua panel komposit karbon ringan dan ia boleh didapati dalam pelbagai warna. GMA terpaksa merekayasa semula kerja badan dari tiang A kebelakang.

Ini adalah untuk memberi perlindungan rollover T.33 Spider yang mencukupi. Bulkhead yang melindungi penghuni juga mempunyai tingkap belakang yang boleh jatuh ke bawah untuk pengalaman open air yang lengkap, membolehkan V12 beraspirasi semula jadi dari Cosworth didengari dalam kesemua kegemilangannya.

Sebagai peringatan, enjin itu hanya menyesarkan 3.99L namun menghasilkan 607hp pada 10,500 rpm dan tork 451Nm pada 9,000rpm. Enjin mempunyai redline pada 11,000rpm. Perlu diingat bahawa kotak gear automatik telah digugurkan untuk model Spider. Ini dilaporkan kerana hanya 4 pelanggan daripada 100 memilih untuk automatik untuk T.33 coupé.

Untuk memastikan perkadaran antara model coupé dan convertible konsisten, Gordon Murray melakarkan kedua-dua model pada masa yang sama. Untuk memastikan kerja kejuruteraan minima dan untuk mengekalkan prestasi yang sama daripada kedua-dua kereta, coupé telah dibuat agar tegar seperti convertible dari mula. Walaupun begitu model Spider baharu ini mempunyai berat 18kg lebih daripada bumbung tetapnya.

GMA T.33 Spider datang dengan roda 19″ di hadapan dan roda 20″ di belakang. Ini adalah roda aloi forge yang ringan dibalut dengan tayar Michelin Pilot Sport 4 S. Kuasa berhenti datang daripada six-piston 370mm monoblock calipers di hadapan dan four-piston 340mm monoblock calipers di belakang.

Memandangkan kejayaan dua produk pertama GMA, adalah munasabah untuk mengandaikan bahawa kesemua 100 unit G.33 Spider semuanya telah habis dijual. Tetapi jika itu tidak berlaku dan anda ingin berbelanja sedikit wang, bersedia untuk menyerahkan sekurang-kurangnya £1.37 juta (RM 7.5 juta) untuk kenderaan sahaja. Itu harga model coupé, dan inflasi juga boleh menaikkan harga model Spider ini dengan ketara.

Gordon-Murray-Automotive-GMA-T.33-Spider-1.0

Previous post

Neta GT Coupe 462HP Berjarak 580KM Diperkenalkan Di China

Next post

Polestar Mengurangkan 8% Pelepasan CO2 Setiap Kereta Pada 2022

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *