Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Tun Dr Mahatir Mohamad Teruja Dengan Kereta Elektrik Polestar 2

Polestar ialah sebuah syarikat yang berpengkalan di China. Pada Jun 2019, Polestar memulakan pengeluaran model pertamanya, Polestar 1, sebuah grand tourer mewah yang mempunyai sistem kuasa hibrid terbaik dalam kelas. 1,500 unit telah dijual.

Polestar sehingga masa itu adalah bahagian prestasi mewah Volvo Cars dan setelah Geely Auto mengambil alih Volvo Cars, Polestar dilantik sebagai bahagian kereta prestasi Volvo Cars. Ianya boleh dikatakan bahawa Polestar adalah seperti bahagian AMG untuk Mercedes-Benz atau bahagian ‘M’ untuk BMW.

Polestar-2-100k-1.0

Polestar 1 dilengkapi dengan sistem kuasa hibrid yang menghasilkan 600PS dan tork puncak 1000Nm yang menakjubkan yang membolehkannya dipacu selama hampir 150 km hanya dengan kuasa bateri tulen (mod EV sahaja).

Mac 2020, Polestar mempunyai model kedua yang siap untuk dijual, Polestar 2 dan ia sudah siap untuk pengeluaran dan jenama kereta berprestasi elektrik ini kini telah menjadi saingan langsung kepada Tesla.

Polestar_2_3.0

Polestar 2 adalah kenderaan prestasi elektrik bateri tulen dengan jarak semua-elektrik 500km dengan bateri 72-78 kWh dan sistem pacuan semua roda 300kW dual motor. Menjelang Mac 2021, Polestar 2 dijual di Singapura dan kebanyakan negara-negara ASEAN. Sejak tiba di Singapura pada Disember 2021, syarikat itu telah berjaya menyerahkan kira-kira 152 kenderaan. Dua minggu lalu, Polestar 2 yang ke-100,000 berjaya dibina dalam hanya 2.5 tahun pengeluaran.

Pada Jumaat, DRB-Hicom telah memperkenalkan Polestar 2 kepada Tun Dr Mahatir Mohamad dan beliau telah berkongsi pendapatnya tentang kereta itu dilaman Facebook beliau.

Pagi tadi DRB-Hicom telah perkenalkan sebuah kereta elektrik ‘Polestar 2’ kepada saya. Ini adalah sebuah kereta yang diusahakan oleh Geely, rakan usahama PROTON.

Saya difahamkan yang dengan sekali cas ianya boleh capai sehingga 400KM. Sekali cas mencukupi untuk guna kereta ini seperti biasa. Bagi cas semula pula hanya perlu kurang dari 2 jam untuk dapat 100% bekalan penuh. Jika cas gunakan kuasa elektrik di rumah, ianya mengambil masa selama kurang lebih 7 jam. Tetapi sekarang ini tidak susah kerana sudah terdapat lebih 1000 stesyen di seluruh negara, tidak timbul masalah untuk mengecas kenderaan di mana sahaja.

Di kebanyakan negara Kerajaan memberi insentif kepada pembeli kereta letrik. Saya dapati di masa hadapan kenderaan sebegini menjadi pilihan kerana kurang pencemaran. Namun kita perlu ingat walaupun kereta tidak cemarkan udara, bekalan elektrik yang datang dari stesyen janakuasa juga mencemarkan udara. Kereta elektrik belum sampai lagi ke tahap bebas pencemaran udara. Akhirnya mungkin kita terpaksa guna kereta hidrogen, itupun terdapat juga masalah lain yang perlu diuji dan diselesaikan. Sementara itu, untuk bersihkan iklim dalam bandar, kereta eletrik masih menjadi pilihan.

Pada pandangan saya dari segi rekabentuk, kereta ini amat canggih. Kereta ini tiada tempat simpan enjin yang besar, sebaliknya ia dijadikan tempat penyimpan barang. Ciri-ciri rekabentuk dalaman juga kemas dan futuristik, di mana segala kawalan dan tetapan boleh dibuat dengan sentuhan ’tablet’. Sudah tidak ada lagi suis atau tombol di dashboard seperti kereta biasa.

Saya harap pihak PROTON dapat majukan projek sebegini supaya satu masa nanti PROTON juga dapat keluarkan kereta elektrik tersendiri.

Previous post

Volvo XC40 B5 Ultimate MHEV Memasuki Pasaran Malaysia

Next post

MPKB Tidak Boleh Kunci Tayar Kereta Di Dalam Petak Letak Kereta

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *