Berita Auto

Polestar 2 Diserahkan Kepada Pelanggan Pertama di Eropah

Polestar mengumumkan bahawa ia telah menyerahkan unit pertama Polestar 2 kepada pelanggan Eropah mereka di ibu pejabatnya di Gothenburg, Sweden.

Pemiliknya, Sture Stensson, memilih warna Thunder untuk bahagian luaran dan upholsteri vegan Charcoal WeaveTech untuk bahagian dalaman. Kereta tersebut turut dilengkapi dengan panel solar pada bahagian bumbung untuk memudahkan pengecasan di rumah.

Stensson berkata, “Saya telah membaca semua ulasan hebat di akhbar dan dalam talian, dan membeli banyak kereta baru selama bertahun-tahun, tetapi ini adalah saat paling hebat setakat ini.”

Polestar 2 merupakan crossover elektrik yang dikuasakan oleh dua buah motor elektrik (satu pada setiap gandar) yang menghasilkan kuasa keseluruhan 408 hp dan 660 Nm. Pecutan 0-100 km/j dilakukan dalam kurang lima saat. Jika dilengkapi dengan bateri 78 kWh, ia boleh bergerak sejauh 500 km dengan satu cas penuh.

Polestar 2 diperkenalkan pada peringkat global pada Februari tahun lalu. Walaupun berhadapan dengan pandemik COVID-19, Polestar berusaha bagi memastikan pengeluaran model itu berjalan di Luqiao, China, pada Mac tahun ini.

Previous post

Lamborghini Essenza SCV12 - Jentera Litar Dengan V12 Paling Power!

Next post

Volvo Lancar Pusat 3S di Kota Kinabalu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *