Undang - Undang

MPKB Tidak Boleh Kunci Tayar Kereta Di Dalam Petak Letak Kereta

Mahkamah Rayuan putuskan undang-undang kunci tayar Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) tidak sah.

Mahkamah Rayuan Malaysia Putrajaya hari ini secara sebulat suara memutuskan bahawa undang-undang kunci tayar Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) adalah tidak sah kerana bertentangan (ultra-vires) dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Kunci Tayar Clamp KB 1.0

Dalam penghakiman yang dibacakan oleh YA Hakim Dato’ Hashim Hamzah, HMR; Mahkamah Rayuan mendapati bahawa Perintah 17, Perintah Pengangkutan Jalan (LKB) (MPKB) 2000 adalah ultra-vires dengan seksyen 72(7) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Clamped-Carpark-1
Hiasan

Mahkamah walau bagaimanapun memutuskan bahawa Perintah 8 di bawah Perintah yang sama masih sah dan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) masih boleh mengenakan kompaun bagi kesalahan berkaitan meletak kereta.

clamped-2.0
Hiasan

Turut bersidang ialah Hakim Datuk Abdul Karim Jalil, HMR dan Hakim Datuk Supang Lian, HMR.

Dengan keputusan ini, maka pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) tidak lagi boleh mengunci tayar kereta yang diletakkan di dalam petak letak kereta dan hanya boleh mengenakan kompaun sahaja.

Perayu di dalam kes ini, Nursyafawati Binti Kasim diwakili oleh peguam yang diketuai oleh Hisham Fauzi dan dibantu oleh Ang Khai Wei, Majdah Muhammad dan Haziratul Aqilah Huzailing.

Hiasan

Sebelum ini, orang awam menggesa Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) memberi kelonggaran terhadap peraturan meletak kenderaan di bandar itu, selain mengkaji semula kadar kompaun dan denda kunci tayar yang dikenakan.

Penduduk berpendapat peraturan ‘wajib bayar’ RM110 sebelum kunci dibuka perlu diberi kelonggaran atau diskaun dengan mengambil kira kebajikan rakyat yang kini berdepan musim pandemik COVID-19 berpanjangan.

Sebuah syarikat swasta yang mengendalikan tempat letak kenderaan pula didakwa rancak menjalankan ‘perniagaan’ kunci tayar apabila sengaja mencari pesalah di bahu jalan terutama di laluan masuk hospital dan lokasi tumpuan awam.

Gambar dan maklumat terima kasih kepada Berita Harian Online dan artikel penuh mereka dipautkan di sini.

kapit_tayar_lor_1670479871
Previous post

Tun Dr Mahatir Mohamad Teruja Dengan Kereta Elektrik Polestar 2

Next post

BYD Akan Melancarkan Jenama ‘Yangwang’ Sebagai Kenderaan Elektrik Premium

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *