Anugerah / VOTY / Pameran Motor

ORA Good Cat Buat Debut Rasmi Pasaran Malaysia

Ramai rakyat Malaysia berjaya melihat dengan sendiri dan dengan lebih dekat ORA Good Cat di MME kelmarin dan hari ini.

Malaysian Motor Expo (MME) 2022 yang berlangsung dari 11 hingga 13 November 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di mana BAuto telah mempamerkan beberapa kereta mereka di sana. Great Wall Motors (GWM) juga di sana dan memperkenalkan ORA Good Cat yang serba baharu selepas beberapa spekulasi.

MME ialah peluang bagi peminat-peminat kereta untuk melihat kenderaan dengan cara lebih dekat di mana pelbagai jenis kereta dan kenderaan bermotor baik yang baharu dan tidak begitu baharu tetapi masih digemari ramai serta kenderaan elektrik (EV) dan ORA Good Cat adalah salah satu daripadanya, dengan harga masuk RM20 , anda diberi peluang memerhati kereta comel serba elektrik ini, secara langsung.

Mereka berminat dengan ORA Good Cat, telah membuat tempahan sepanjang tempoh MME dengan deposit yang boleh dikembalikan sebanyak RM1,000 dan juga telah membuat pendaftaran untuk pandu uji. Malangnya, slot adalah terhad. Walau terdapat banyak tapak yang menarik disediakan, EV kecil yang comel ini menjadi tarikan utama.

Dipamerkan dua model ORA Good Cat dalam dua tahap kemasan berbeza dan tempahan untuk kenderaan ini telah dimulakan oleh Menteri Kanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Mohamed Azmin bin Ali dan ini ialah ORA Good Cat 400 Pro dan ORA Good Cat 500 Ultra.

Kedua-dua model, tidak kira tahap trim, dikuasai motor elektrik 105kW yang memacu roda hadapan dan menghasilkan kuasa 143Ps dan tork 210Nm dan kedua-duanya kelihatan sama. Bahagian dalamannya juga tidak dapat dibezakan dan menampilkan rupa kulit dua tona serta mempunyai fungsi urut pada tempat duduk pemandu.

Model 400 Pro dikuasakan oleh bateri litium-ion 47.79kWh yang baik untuk jarak 400km NDEC dan model ultra 500 ORA Good Cat dikuasai bateri litium-ternari 63.14 pada asasnya, apabila seseorang memilih tahap trim yang berbeza, satu-satunya perbezaan adalah jarak kenderaan itu.

Kami teruja melihat kereta ini akhirnya berjaya membuat penampilan sulungnya di Malaysia terutamanya kerana ramai yang tertanya-tanya sama ada kita akan melihat kereta ini dikeluarkan secara rasmi di sini atau tidak tetapi akhirnya, GWM berjaya dan semoga kita akan melihat lebih banyak lagi kenderaan ORA dan GWM di sini pada tahun-tahun yang akan datang.

Kepada pengunjung yang berjaya melihat dengan lebih dekat ORA Good Cat ini, amacam? Suka atau tidak? Jika GWM boleh letak harga kereta ini kurang RM150,000, mahukah anda membelikannya?

Previous post

Pameran Kenderaan BAuto Di Malaysian Motor Expo 2022

Next post

Tesla Akan Membantu Polis Dengan Penyiasatan Nahas Maut Tesla Di China

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *