Bisnes

Great Wall Motor Dan Ora Cat EV Sudah Rasmi Di Malaysia

Anak Syarikat Great Wall Motor Malaysia Dibuka Secara Rasmi

Sudah berbulan-bulan terdapat spekulasi mengenai kemasukkan Great Wall Motor China di Malaysia. Ia pertama kali bermula dengan kereta elektrik Ora Good Car ‘ternampak’ di Pelabuhan Klang.

Kemudian datang berita mengenai pelancaran Ora Good Cat sebelum Krismas 2022 dan harga jualan yang dicadangkan sebanyak RM138k.

Tidak lama selepas itu terdapat berita tentang Great Wall Motor mempunyai pejabat pengurusan yang beroperasi penuh di tengah-tengah Kuala Lumpur dan pelaburan besar mereka di Malaysia untuk mempunyai barisan kereta elektrik dan banyak lagi pada tahun akan datang.

Sementara itu, sekiranya anda belum tahu, Ora Good Cat ialah kenderaan elektrik pacuan roda hadapan dengan motor elektrik 105kW.

Kenderaan 1510kg ini mengendali tork 210Nm yang membolehkan masa pecutan dari rehat kepada 100km/j dalam 8.0 saat dan kelajuan tertinggi 150km/j yang harus dielakkan kerana lebuh raya kami membenarkan kelajuan tertinggi maksimum hanya 110km/j. Kapasiti bateri Lithium Ion ialah 47.8 kWj.

Jadi, akhirnya tibalah hari untuk Great Wall Motors Malaysia untuk membuka pintunya secara rasmi dan ini menandakan kejayaan baharu untuk China Great Wall Corporation di Asia Tenggara.

Hari ini menandakan satu detik penting buat China Great Wall Corporation di Asia Tenggara.
Selepas Thailand, Great Wall Motor kini telah menubuhkan anak syarikatnya di Malaysia dan membuat penampilan sulung di bawah jenama GWM (Great Wall Motor).

Great Wall Motor Sales Malaysia Sdn Bhd ialah anak syarikat milik penuh Great Wall Motor Co., Ltd, khusus untuk melaksanakan perniagaannya secara menyeluruh di pasaran Malaysia. Dengan tema “Go With Malaysia” bagi memperkenalkan jenama GWM, satu majlis perasmian yang gilang gemilang telah diadakan di Menara Binjai di Kuala Lumpur. Zhang Jiaming, Presiden Great Wall Motor bagi rantau ASEAN, telah menyampaikan ucapan menerusi rakaman video. Turut hadir adalah Cui Anqi – Pengarah Urusan Great Wall Motor Malaysia yang juga telah menyampaikan ucapan pembukaannya. Antara jemputan khas adalah wakil dari Kedutaan China di Malaysia, Institut Robotik dan IoT Automotif
Malaysia (MARii) serta wakil dari industri perbankan tempatan. Lebih 100 jemputan termasuk wakil media dan jualan telah menghadiri upacara pembukaan ini.

Great Wall Motor Co., Ltd. adalah sebuah syarikat teknologi pintar global dan merupakan pengeluar SUV dan pikap terbesar di China. Fokus utamanya adalah mobiliti pintar dan mampan yang menepati citarasa dan keperluan pengguna di seluruh dunia. Great Wall Motor memiliki enam jenama kereta, iaitu Haval, Wey, Ora, Tank, Great Wall Pickup dan Saloon yang menghasilkan sedan, SUV, “pick-up”, dan kenderaan dengan menggunakan tenaga baharu.

Kini, Great Wall Motor telah memiliki lebih daripada 5,000 pusat jualan dan servis di seluruh China. Ia juga memiliki lebih daripada 700 rangkaian jualan luar negara, dengan kesemuanya mencatat kejayaan yang memberangsangkan. Sehingga akhir tahun 2021, Great Wall Motor telah menjual lebih daripada 11 juta kenderaan di seluruh dunia, dengan lebih daripada 1 juta kenderaan terjual bagi tempoh enam tahun berturut-turut. Walaubagaimanapun, syarikat berkeyakinan tinggi bahawa pasaran masih memiliki potensi dan permintaan yang memberangsangkan, bagi jenama tersebut.

Zhang Jiaming – Presiden Great Wall Motor (rantau ASEAN) juga mendedahkan bahawa pasaran Malaysia akan dibangunkan mengikut strategi tenaga baru ASEAN serta mematuhi penyampaian nilai teras tenaga baru, teknologi pintar terkini dan menawarkan pengalaman baharu dalam memberi keutamaan terhadap pelanggan. Ia juga menggabungkan sepenuhnya pengalaman tempatan untuk melancarkan pelbagai sumber tenaga baharu, dalam memacu Malaysia untuk beralih daripada EEV kepada XEV secara berperingkat.

Cui Anqi, Pengarah Urusan Great Wall Motor Malaysia, telah menyasarkan untuk terus menerokai pasaran Malaysia bagi meningkatkan pelaburan di negara ini dengan melaksanakan pemasangan tempatan melalui kerjasama dengan Go Auto Group. Disamping itu, GWM juga akan mewujudkan rangkaian pengedarnya yang berkualiti tinggi serta susun atur rangkaian yang kukuh dalam mengutamakan kualiti operasi demi pengalaman unik kepada pengguna di Malaysia. Dari aspek perkhidmatan selepas jualan, Great Wall Motor juga akan memulakan operasi pusat alat ganti di Malaysia
bersama-sama dengan perkhidmatan sokongan daripada segi teknikal. Pusat khidmat pelanggan yanf beroperasi sepanjang masa turut, telah dibangunkan untuk menawarkan perkhidmatan “end-to-end” buat kemudahan untuk pengguna Malaysia.

Pada sidang media hari ini juga, Ora Good Cat telah membuat penampilan sulungnya secara rasmi. Penampilan luarannya yang mewah dengan pilihan warna yang menarik dapat meningkatkan keupayaannya untuk mencetus “trend” baharu dalam industri automotif tempatan.

Laman web bagi Great Wall Motor Malaysia adalah dilancarkan pada masa yang sama, memberikan Malaysia tambahan landasan untuk mengenali jenama ini. Menerusi laman ini, konsep gaya hidup pintar dan inovasi masa hadapan Great Wall Motor akan dipersembahkan. Kami akan terus mengemaskini pelbagai fungsi laman tersebut sempena pelancaran model pertama kami.

Melangkah ke hadapan, Great Wall Motor akan memperkukuhkan kehadirannya di Malaysia dengan memperkenalkan rangkaian kereta berkonsepkan retro, SUV bandar, SUV lasak, “pick-up” dan banyak lagi untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan sambil mempromosikan peningkatan penggunaan kenderaan. GWM Malaysia akan terus bercadang menggaji ramai profesional tempatan, serta mendedikasikan masa dan tenaga demi memupuk bakat mereka, menggalakkan pembangunan ekonomi dan membolehkan Malaysia dan GWM untuk memperkasakan satu sama lain dan membangun secara simbiotik.

Previous post

Kereta Pameran Elektrik Renault 5 Diamant Menandakan Ulang Tahun Ke-50 Renault 5 Asal

Next post

Trak Pikap Geely Radar Mungkin Jadi Proton Arena Seterusnya

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *