Produk / Alatan / Minyak

Petronas Setel Dipermudahkan Dengan ‘Pengisian Satu Ketik’

Nikmati kemudahan mengisi petrol yang lancar dan berbaloi di lebih 1,000 stesen PETRONAS seluruh Malaysia.

Bila berkenaan mengisi minyak di Malaysia, pelanggan mempunyai banyak pilihan. Ramai diantara kita sukakan Petronas kerana aplikasi Setel mereka.

Setel menaik taraf pengalaman mengisi petrol buat para pengguna kenderaan di Malaysia dengan fungsi ‘One-Tap Fuelling’; membolehkan pengguna mengaktifkan pam petrol dengan satu ketik sahaja di mana-mana stesen PETRONAS seluruh negara, lalu mengisi petrol dan meraih mata ganjaran Mesra.

Solusi yang pertama seumpamanya ini disediakan sekarang untuk 1,000 pengguna Setel pertama yang berdaftar di seluruh negara, dan ketersediaannya akan diperluaskan secara berperingkat sepanjang dua bulan yang akan datang.

Setel-One-Tap-Fuelling-Feature-1.0

Menurut Mazlin Erawati Ab Manan, Ketua Pegawai Eksekutif Setel, “Kami sedang giat menginovasi dan membangunkan solusi-solusi yang dapat memenuhi keperluan pengguna yang kian berubah, terutamanya dalam fasa endemik ini di mana warga Malaysia lebih kerap bergerak. Sejak empat tahun yang lalu, para pengguna setia kami telah menikmati pengalaman mengisi petrolyang lebih memudahkan di stesen-stesen PETRONAS. Dan kini, pengguna yang biasanya harus membuat beberapa ketikan sebelum dapat mengisi minyak, boleh berbuat demikian dengan satu ketik sahaja menerusi aplikasi Setel. Pengguna tidak perlu lagi mengeluarkan dompet atau kad untuk mengisi petroldan memperoleh mata ganjaran. Sesungguhnya, kami memahami kepentingan sumber masa bagi para pengguna.”

Pengguna Setel yang berminat juga boleh mendapatkan akses awal dengan memuat naik halaman “Dah Setel So Far” masing-masing dalam bentuk Instagram Story atau Tweet dengan kapsyen: “I want One-Tap Fuelling now”, di samping men-tag @setel dan sertakan tanda pagar #SetelOneTapFuelling. Mulai hari ini hingga 4 Oktober 2022, pengguna Setel juga berpeluang memenangi kotak hadiah edisi terhad oleh Setel apabila mereka memuat naik video mereka yang paling kreatif di Instagram atau Twitter yang menunjukkan pengalaman mereka menggunakan fungsi ‘One-Tap Fuelling’, berserta dengan tag @setel dan tanda pagar #SetelOneTapFuelling.

Melalui fungsi tersebut, pengguna Setel dapat menetapkan kuantiti petrolyang ingin diisi – mengikut liter atau tangki penuh, di laman ‘Keutamaan’ semasa mengkonfigurasi fungsi ‘One-Tap Fuelling’. Pengguna juga boleh menetapkan kaedah pembayaran pilihan masing-masing; yang termasuk CardTerus untuk pembayaran terus atau melalui kad debit atau kredit, serta Setel Share, iaitu kemudahan yang membolehkan pengguna berkongsi Setel Wallet atau CardTerus mereka dengan dua individu lain bagi membuat bayaran sambil bersama-sama meraih mata ganjaran Mesra.

Muat turun versi aplikasi Setel yang terkini secara percuma di iOS dan Android melalui Apple Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery. Untuk maklumat lanjut mengenai Setel, sila layari https://www.setel.com/.

Setel-1

Mengenai Setel

Diperkenalkan pada Julai 2018, Setel merupakan platform mudah alih yang bermatlamat untuk memudahkan serta menaik taraf kehidupan orang ramai dengan menginovasi mobiliti inklusif. Setel menceriakan para pelanggan di stesen-stesen PETRONAS seluruh negara dengan sebuah pengalaman runcit yang lancar lagi diperibadikan buat mereka, kini disertai oleh para peniaga dalam talian serta rakan-rakan kongsi runcit.Tawaran Setel yang terkini – Fungsi pengecasan EV, bermatlamat untuk membawakan kemudahan setaraf mengisi petrol menerusi aplikasinya bagi pengguna yang ingin mengecas kenderaan elektrik, tersedia dengan keupayaan untuk mengaktifkan dan memantau pengecas EV tersebut, dan pengguna juga boleh memperoleh mata ganjaran Mesra dengan setiap bayaran pengecasan EV di aplikasi Setel. Muat turun Setel secara percuma dari Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery, atau dapatkan maklumat lanjut di https://www.setel.com/.

Previous post

Senator Kononnya Merempuh Pokok Dengan Porsche 911 GT3 RSnya

Next post

Van Elektrik Pertama Volkswagen Sebenarnya Sudah Keluar 50 Tahun Yang Lalu

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published.