Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Perasmian PROTON Sebagai Pengedar Kereta Elektrik smart

Upacara tandatangan Perjanjian Pengedaran Am bersama smart Automobile untuk menjual kereta mereka di Malaysia dan Thailand diadakan semalam. Model pertama dijangka mula dijual di Malaysia suku akhir 2023 disusuli Thailand setengan dua tahun seterusnya.

Model kereta elektrik smart yang dijadualkan untuk dijual oleh PROTON ialah model Hashtag One (#1). Lencana kereta elektrik smart ini TIDAK AKAN ditukar (rebadge) kepada lencana PROTON. Jadi, ini bukan kereta elektrik pertama PROTON. PROTON akan, dengan rasminya, mengedar, menjual dan servis kenderaan smart Automobile. Kereta elektrik pertama PROTON sedang dalam perancangan.

Harga dikatakan akan mengambil kira fakta bahawa kenderaan smart adalah produk yang premium maka ianya bukan mampu milik. Harganya dianggarkan antara RM150,000 – RM200,000. Sasaran PROTON smart ialah satu segmen yang kecil. Mereka yang muda, atau ‘young-at-heart’, trendi dan … berada. Anggaran awal jualan adalah dalam lingkungan 800-1000 unit setahun sahaja. Fokus volum adalah 10,000 unit sehingga 2027.

PROTON kini dalam perbincangan dengan 7-8 operator pengecas EV dan juga pihak kerajaan untuk berkerjasama menyediakan rangkaian pengecasan untuk pelanggan EV masa hadapan. PROTON juga sedang menyelidik kemungkinan menyediakan Servis Pengecas Bergerak (mobile) untuk menanganni keresahan-jarak (range-anxiety).

PROTON-smart-signing-12.38.20

Sasaran kereta masuk showroom adalah selepas Aidil Fitri, sebelum Aidil Adha. Booking akan dibuka bila kereta di showroom.

“Hari ini merupakan satu langkah besar bagi PROTON dalam menembusi pasaran kenderaan tenaga baharu. Fasa pertama perniagaan dengan smart bukan hanya tertumpu kepada penjualan semata-mata, tetapi juga mengambil pengetahuan dan pengalaman yang berharga bukan sahaja dari cara pengendalian servis dan pengecasan EV tetapi juga mengubah cara kami berinteraksi dengan pelanggan. Peralihan ke dalam segmen pasaran ini juga akan membantu memacu PROTON ke arah menjadi lebih mesra alam dalam semua aspek operasi di samping berusaha untuk membantu Malaysia mencapai sasaran neutraliti karbon menjelang 2050,”

Dr Li Chunrong,

Ketua Pegawai Eksekutif,

PROTON.

SIARAN MEDIA PROTON

PROTON hari ini memuktamadkan perjanjiannya untuk menjual dan servis kenderaan tenaga baharu (EV) premium daripada smart Automobile Company (smart) di Malaysia dan Thailand dengan menandatangani Perjanjian Pengedaran Am. Dalam satu majlis yang disaksikan oleh media dan
pegawai dari pelbagai agensi kerajaan, kedua-dua pihak memberikan persetujuan untuk membuka jalan kepada pengenalan kenderaan tenaga baharu oleh pengeluar kenderaan nasional. Model pertama smart yang akan dijual oleh PROTON semasa fasa pertama kerjasama ini akan dilancarkan pada awal suku akhir tahun 2023.

PROTON-smart-signing-12.41.06

PROTON akan memasuki pasaran kenderaan tenaga baharu

Kerjasama utama antara PROTON dengan smart adalah untuk penjualan kenderaan, namun, terdapat pembangunan keseluruhan untuk menembusi pasaran tenaga baharu. Sebagai contoh, Syarikat mengumumkan hasratnya untuk melabur dalam rangkaian pengecasan dengan kerjasama pembekal pengecasan tempatan, di samping menyedia dan memasang unit domestik untuk pelanggan yang berhasrat mengecas kenderaan mereka di rumah.

PROTON juga mengumumkan hasratnya untuk memodelkan operasi jualan untuk smart seperti yang dilakukan oleh syarikat tersebut di pasaran lain. Oleh itu, penekanannya adalah integrasi gaya hidup digital dengan elemen lain yang akan menyesuaikan pilihan pelanggan dengan penyelesaian digital yang merangkumi perancangan perjalanan, ketersediaan pengecas dan pertimbangan pembelian.

Antara perkara yang sedang diterokai oleh Syarikat dengan kemasukan ke dalam pasaran ini adalah untuk menarik bakat muda. Dengan peralihan pantas dalam pemilihan pekerjaan, PROTON akan melaksanakan rancangan jangka masa panjang untuk pelestarian dan kecekapan tenaga serta meningkatkan skor ESGnya bagi menarik minat pekerja industri automotif generasi akan datang.


Previous post

Masanya Sudah Tiba JPJ Kawal Tayar CELUP Lori

Next post

Lamborghini Urus Baharu Telah Mencatat Rekod Pikes Peak Sebelum Debut

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *