Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Proton Jadi Wakil Jualan smart Di Malaysia Dan Thailand

Proton hari ini menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) dengan smart Automobile Company (smart), untuk bekerjasama bagi memperkenalkan kenderaan tenaga baru (NEV) keluaran smart dalam pasaran automotif ASEAN.

Perjanjian ini melihat kedua-dua pihak bekerjasama melalui Proton Edar yang dilantik sebagai pengimport, pengedar dan wakil jualan untuk smart di Malaysia dan Thailand, dan smart Automobile (Nanning) Sales Co. Ltd, (anak syarikat milik penuh smart Automobile) akan memainkan peranan sebagai pintu masuk untuk smart ke rantau ini.

Majlis tandatangan Memorandum Perjanjian ini diadakan secara maya dengan Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, dan Ulf Nestler, Naib Presiden Kewangan, smart Automobile sebagai wakil untuk syarikat masing-masing. Majlis itu juga disaksikan oleh Dato’ Sri Syed Faisal Albar, Pengerusi Proton, Tong Xiangbei, Ketua Pegawai Eksekutif, smart Automobiles dan Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

“Dengan menandatangani perjanjian ini, Proton akan mengambil langkah pertama dalam perlaksanaan strategi NEV kami. Perjanjian dengan smart ini membolehkan kami menimba pengalaman dalam penjualan, perkhidmatan dan pengecasan NEV serta membina kemahiran yang diperlukan untuk menguasai sektor yang sedang berkembang pesat. Ini juga merupakan peluang untuk bermanfaat daripada pangkalan pelanggan smart dan membuka lebih banyak peluang untuk jenama Proton,” kata Dato’Sri Syed Faisal Albar.

Agensi Tenaga Boleh Diperbaharui Antarabangsa (IRENA) meramalkan bahawa lebih kurang 10 juta unit Kenderaan Tenaga Baru akan digunakan di Asia Tenggara menjelang tahun 2025. Dengan portfolio produk NEV baru yang akan dilancarkan dalam tahun-tahun yang akan datang, smart akan berada dalam kedudukan yang baik untuk mengambil kesempatan daripada perkembangan ini.

“Dengan strategi perniagaan “dual-home” (Eropah and China), syarikat telah pun meliputi dua pasaran automotif utama di dunia. Kini, sebagai rancangan perniagaan berpandangan ke hadapan, kami akan berganding bahu dengan Proton di Asia Tenggara. Perjanjian ini akan membolehkan kami memasuki pasaran Malaysia dan Thailand lebih awal sebagai pasangan strategik serantau. Proton mempunyai reputasi korporat kelas pertama, pengalaman yang luas, dan pengetahuan operasi tempatan yang amat berharga. Kami berharap kerjasama ini dapat memberi pengalaman baru kenderaan elektrik yang premium dan pintar kepada pengguna di Asia Tenggara,” kata Tong Xiangbei.

Perjanjian dengan Proton Edar membolehkan smart membina rangkaian jualan dan perkhidmatan pelbagai peringkat di Malaysia dan Thailand, dan juga sebagai pusat pengalaman jenama dan beberapa lokasi jualan yang menyediakan perkhidmatan jualan dan selepas jualan untuk kenderaan smart di pasaran tempatan. Pada masa ini, tiada rancangan untuk bekerjasama di luar prinsip perjanjian yang disetujui.

Previous post

Mercedes-Benz Mempersembahkan CLK Pertama Mereka 25 Tahun Lalu

Next post

Hypercar 'Rare' Ferrari Enzo Terbabas Di Belanda

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *