Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Akan Datang Ke Malaysia! Ford Ranger Generasi Terbaharu!

Oleh kerana saingan yang hebat dalam segmen trak pikap, hampir kesemua jenama sudah menambah baik trak mereka kebelakangan ini. Trak pikap zaman sekarang semua mahu menjadi kenderaan gaya hidup yang mengutamakan keselesaan, kemewahan dan berkesinambungan. Tidak cukup dan tidak puas untuk menjual trak mereka kepada sektor pengangkutan dan binaan, trak pikap kini mengejar pelanggan yang berangan tough dan adventurous.

Well, sejak jenama trak pikap lain sudah berjaya mengejar dan mengatasi barisan Ford Ranger semasa, mereka tidak boleh berdiam diri lagi dan sudah bersiap sedia untuk melawan balik.

Ranger kali ini dikatakan paling pintar, sarat kepelbagaian dan paling berkemampuan. Ianya disarankan membawa erti baru bagi segmen trak pikap sebagai sebuah kenderaan gaya hidup untuk bekerja, keluarga dan riadah.

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) selaku pengedar tunggal Ford di Malaysia, telah mengumumkan Ranger generasi terbaharu yang dinantikan akan mula dipasarkan di sini hujung bulan nanti.

Sebagai Ranger yang paling pintar, penuh kepelbagaian dan paling berkemampuan setakat ini, Ranger generasi baharu ini akan lebih didambakan serta boleh menjadi teman yang dipercayai untuk pemiliknya menempuh apa saja keperluan dan cabaran dalam hidup seharian.

Sebagai tambahan kepada penggayaan luarannya yang tersendiri serta ruang dalaman yang nyaman, begitu juga ciri keselamatan dan teknologi maju serta keselesaan premium, pemilik Ranger generasi baru ini akan turut menjadi sebahagian daripada kelompok individu yang berkongsi minat sama untuk menikmati kehidupan sepenuhnya dalam apa jua yang mereka lakukan.

Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair berkata, “Pelanggan Ranger adalah mereka yang meraikan suasana dan memandang tinggi segenap aspek kehidupan yang berkualiti. Ranger generasi baru ini sesungguhnya merupakan kenderaan yang diperlukan pelanggan untuk menjalani Kehidupan Ranger—mengendalikan kerja mereka, meneroka tanpa rasa takut ke tempat yang diinginkan serta mempererat hubungan kekeluargaan, komuniti dan individu dengan minat yang sama.”

Jelajah lima-lima-lima untuk Ranger generasi terbaharu

SDAC sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan Ranger generasi baharu ini di lima kawasan di seluruh negara—tengah, utara, selatan serta Sabah dan Sarawak—lebih awal daripada tarikh ia mula dijual di pasaran tempatan.

Jelajah berkenaan akan diadakan selama lima hujung minggu bermula dengan acara pengenalan utama, yang akan bermula dari 22 Julai 2022.

Mereka yang ingin menjadi antara terawal mendekati model Ranger generasi baharu ini perlu mendaftar untuk jelajah berkenaan. Hadirin akan diberikan taklimat terperinci dan boleh mendekati model terbabit serta boleh berbual dengan perunding jualan dan membuat tempahan sekaligus.

Peminat Ranger boleh mendaftar di laman “Keep Me Informed” di sini untuk mendapat jemputan eksklusif jelajah pengenalan ini dan mengetahui bila ia akan singgah di bandar berdekatan mereka.

Getaways — alami pengalaman menyeluruh Kehidupan Ranger

Ford Ranger Getaways merupakan platform kembara dan percutian komuniti yang membawakan pengalaman unik Kehidapan Ranger melalui siri kembara khas tempatan.

Ia adalah tempat di mana kalangan individu yang berkongsi minat dan minda yang sama mendirikan “Lingkungan Ford” dan berkumpul serta membina persahabatan; dalam masa sama menikmati kepelbagaian, kemampuan dan potensi penuh Ranger mereka tanpa mengira varian.

Pelanggan boleh memilih cabaran atau percutian yang diinginkan, termasuk pengalaman off-road untuk menguji had kenderaan mereka; menjadi juruterbang untuk sehari; menikmati hari dengan alam semulajadi; atau sekadar bersantai bersama keluarga.

Untuk mengetahui lanjut tentang aktiviti menyeronokkan lain dan menempah Ford Ranger Getaways, layari di sini.

Untuk maklumat lanjut tentang Ranger generasi terbaru, SDAC dan Ford, ikuti Ford Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube atau layari www.sdacford.com.my.

Previous post

Boon Siew Honda Memperkenalkan Honda CBR150R Edisi Terhad Repsol

Next post

Chery Lancar OMODA 5 Baharu Di Shenzen, China

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published.