Berita Auto

Chery Lancar OMODA 5 Baharu Di Shenzen, China

OMODA 5 adalah model pertama di bawah siri produk OMODA global baharu Chery.

Ianya telah dilancarkan secara rasmi pada 12hb Julai, di China, pasaran pertama untuk menerima SUV tersebut.

Menurut Timbalan Pengurus Besar Chery Automobile Co Ltd dan Pengurus Besar Pemasaran Jia Yaquan, OMODA 5 direka berdasarkan keperluan dan kehendak golongan muda, dan bertujuan untuk memaparkan Chery baharu yang lebih menarik kepada pengguna global melalui ciri-cirinya yang berteknologi tinggi.

OMODA 5 dilengkapi dengan teknologi pintar, reka bentuk bergaya dan kuasa cekap. Falsafah reka bentuk ‘Art in Motion’ baharu Chery memberikan OMODA 5 keseimbangan statik dan dinamik dengan memanfaatkan cahaya dan bayang-bayang. Gril hadapan diamond-cut geometric matrix tanpa bingkai memanjang dari bahagian tengah ke kedua-dua sisi, seolah mencipta parallel universe di mana impian sepadan dengan realiti.

Konsep parallel universe ini mencerminkan gaya hidup golongan muda yang mencari kebebasan dan keindividuan melalui aktiviti sosial, serta gemar berkongsi pemikiran dan idea di dunia maya. Matlamat ‘Art in Motion’ adalah untuk menjadi falsafah reka bentuk yang sesuai bagi golongan muda dalam era baharu, sekaligus menerajui trend dalam reka bentuk automotif global.

Kuasa cekap datang daripada enjin 1.6 TGDI yang menghantar 197 PS dan 290 Nm tork ke roda hadapan melalui transmisi klac berkembar tujuh kelajuan, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 7.8 saat. Selain itu, mod Super Sport menyediakan pengalaman pemanduan yang mengujakan, disertakan bunyi simulasi yang ditala secara profesional.

Dari sudut teknologi pintar, OMODA 5 dilengkapi Lion 5.0 AI technology smart cockpit generasi terbaharu Chery. Antara ciri-cirinya adalah pemantauan dan pelarasan emosi AI, skrin 24.6 inci yang menggabungkan maklumat pemanduan dan infotainmen, serta sistem audio Sony dan pencahayaan ambien berirama 64 warna yang menyediakan suasana audio-visual yang menghiburkan. Selain itu, kabin ‘C-Pure’ Chery menggabungkan teknologi perlindungan alam sekitar dan reka bentuk ekologi piawaian Eropah, sambil menjaga kesihatan para penumpang melalui sistem penulenan dan penapisan udara ion negatif.

Pelancaran OMODA 5 menandakan satu langkah penting dalam pembaharuan jenama global Chery – model tersebut menyasarkan pelbagai pasaran di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Mengenai Chery
Chery telah dikenali sebagai “Technological Chery” sejak penubuhannya kerana kesungguhan syarikat menguasai teknologi teras. Enam pusat Penyelidikan dan Pembangunannya (R&D) di seluruh dunia serta pasukan R&D yang terdiri daripada lebih 5,000 ahli elit memberikannya kelebihan dari segi teknologi bahan api tradisional, tenaga baharu, pengeluaran pintar dan lain-lain. Setelah mengkaji bidang kenderaan tenaga baharu selama lebih 20 tahun, Chery telah membuktikan kebolehannya dengan empat platform pemasangan kenderaan, lima subsistem umum dan tujuh teknologi teras. Model EQ1 telah menjadi peneraju kenderaan elektrik bateri mini di China. Dalam bidang pengeluaran pintar, Chery telah
menggerakkan strategi “CHERY LION”, secara beransur-ansur merealisasikan susun atur pintar dalam seluruh kitar hayat, merangkumi R&D, pengeluaran, pemasaran dan perkhidmatan, serta mencapai pengeluaran berskala besar dan pelancaran teknologi pemanduan autonomi tahap 2.5. Dari segi pengembangan pasaran global, Chery merupakan syarikat automotif China pertama yang mengeksport kenderaan, alat ganti CKD, enjin, serta teknologi dan peralatan pengeluaran kenderaan ke seluruh dunia. Setakat ini, Chery telah mengeksport kenderaannya ke lebih 80 negara dan wilayah, dan mempunyai 10 kilang dan lebih 1,500 pusat jualan dan servis di luar China. Dengan lebih 10 juta pengguna di seluruh dunia, termasuk 2 juta pengguna di luar China, Chery telah menjadi pengeksport kenderaan penumpang No 1 di China selama 19 tahun berturut-turut.

Sila layari @cherymalaysiaofficial di Facebook atau @chery.malaysia di Instagram,
atau e-mel cherymalaysia@mychery.com untuk maklumat lanjut.

Previous post

Honda HR-V Dilancarkan Di Malaysia - Harga Dari RM114,800-RM140,800

Next post

Dasar ‘Family Bond’ Volvo Car Malaysia Tingkatkan Penglibatan Majikan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *