Berita Auto

Sime Darby Buka Pusat 3S Ford Yang Telah Dinaik Taraf di Kota Kinabalu

Sime Darby Auto Connexion (SDAC) hari ini mengumumkan pembukaan pusat 3S Ford yang dinaik taraf di Kota Kinabalu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Terletak di lokasi strategik di Jalan Limau Manis, Inanam, kemudahan berkeluasan 3,216 meter persegi itu mempunyai enam ruang penyelenggaraan tambahan, menjadikan jumlah keseluruhan 13 ruang servis yang lengkap dengan sistem pengangkat.

Interior 1

Pusat 3S ini juga mempunyai ruang istirehat yang dilengkapi dengan Wi-Fi percuma serta minuman panas dan snek yang sediakan khusus untuk pelanggan sementara menunggu kereta diservis.

Interior 3

“Kemudahan yang telah dinaik taraf ini merupakan sebahagian daripada pelan pengembangan rangkaian serta penambahbaikan khidmat pelanggan oleh Ford dan SDAC. Ia bertujuan menawarkan perkhidmatan jualan dan selepas jualan lebih baik untuk semua pelanggan Ford yang kian meningkat di Sabah dan Sarawak,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Bin Syed Faiz.

Interior 2

Dikendalikan oleh sepasukan juruteknik bertauliah, bilik pameran dan pusat servis di Kota Kinabalu ini dilengkapi peralatan pemeriksaan terkini dan peralatan khas. Ia juga memastikan bekalan alat ganti tulen sentiasa sedia.

Service Center

Sime Darby Auto Connexion (Kota Kinabalu) terletak di Jalan Limau Manis, Off Jalan Lintas, 88450 Inanam, Kota Kinabalu, Sabah. Bilik pameran dibuka mulai jam 8:30am-5.30pm, Isnin hingga Jumaat dan dari 8:30am-12:30pm pada Sabtu. Waktu operasi pusat servis pula bermula dari 8:00am-5:00pm, Isnin hingga Jumaat dan 8:00am-12:30pm pada hari Sabtu.

Previous post

Volvo S60 - Sedan Sweden Yang Lahir di Amerika Syarikat

Next post

Larangan Diesel Memaksa Pembuat Berhenti Menjual Kenderaan Jualan Terbaik Mereka

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *