Berita Auto

Volvo S60 – Sedan Sweden Yang Lahir di Amerika Syarikat

Volvo telah melengkapkan barisan model sedia ada dengan pelancaran S60 baharu. Dua perkara menarik tentang sedan saiz pertengahan ini adalah ia merupakan kenderaan Volvo pertama yang dikeluarkan di Amerika Syarikat dan yang pertama ditawarkan tanpa pilihan enjin diesel.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Walaupun begitu, S60 masih boleh didapati dalam empat varian iaitu T5, T6 AWD, T6 Twin Engine AWD serta T8 Twin Engine AWD sebagai varian tertinggi. Menggunakan gabungan enjin 2.0-liter Drive-E dan kotak gear automatik lapan kelajuan, varian asas T5 mempunyai 245 hp dan 350 Nm yang dipacu ke roda hadapan manakala varian T6 AWD mempunyai 310 hp dan 400 Nm.

2019-volvo-s60 (1)

Varian T6 Twin Engine AWD yang dibantu motor elektrik pada gandar belakang pula menjana 340 hp dan 590 Nm, 50 hp dan 50 Nm lebih rendah berbanding kuasa yang terdapat pada varian T8 Twin Engine AWD.

2019-volvo-s60 (3)

Jika 390 hp dan 640 Nm tidak mencukupi, pelanggan boleh mendapatkan pakej Polestar Engineered yang bukan sahaja menjadikan kuasa lebih tinggi pada 415 hp dan 670 Nm, malah memberikan naik taraf pada bahagian rim, brek dan suspensi.

2019-volvo-s60 (4)

Seperti V60, S90 dan XC60, sedan ini dibina di atas platform Scalable Product Architecture (SPA) dan didatangkan dengan sistem infotainment dan teknologi keselamatan yang sama. Ini bermakna ia dilengkapi dengan sistem Sensus Connect yang boleh disesuaikan dengan Apple CarPlay dan Android Auto.

2019-volvo-s60 (5)

Ciri City Safety dengan teknologi Autobrake membantu pemandu mengelakkan kemungkinan berlanggar dan boleh mengenal pasti pejalan kaki, penunggang basikal serta haiwan besar. Sistem Pilot Assist pula memberi sokongan dari segi kawalan stereng, pecutan dan brek pada kelajuan sehingga 130 km/j. Ciri Run-off Road Mitigation dan Oncoming Lane Mitigation turut disertakan.

2019-volvo-s60 (6)

Seperti kenderaan Volvo yang lain, S60 boleh didapati menerusi perkhidmatan langganan premium ‘Care by Volvo’ yang membolehkan pelanggan membawa pulang kenderaan dengan yuran bulanan tanpa membuat bayaran pendahuluan.

Previous post

Minyak Pelincir Motosikal Castrol Activ Baharu Dilancarkan

Next post

Sime Darby Buka Pusat 3S Ford Yang Telah Dinaik Taraf di Kota Kinabalu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *