Anugerah / VOTY / Pameran Motor

2022 // Performance Hybrid Of The Year – Volvo V60 Recharge T8

Anugerah Vehicle Of The Year (VOTY) 2022

Jangan biarkan status V60 Recharge T8 sebagai kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV) memperdayakan anda kerana dengan 407 hp dan 640 Nm, prestasinya setanding dengan mana-mana hot hatch atau kereta sport yang ada di pasaran.

Manakan tidaknya, wagon ini boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 4.8 saat, manakala kelajuan maksimumnya mencecah 250 km/j. Namun sebagai ‘pejuang’ dalam aspek keselamatan, Volvo mengehadkan kelajuan maksimum jentera ini kepada 180 km/j – sudah cukup laju untuk jalan-jalan di Malaysia.

Volvo V60

Lebih menarik lagi, V60 Recharge T8 boleh dipandu dengan menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya sejauh 49 km jika bateri mempunyai kuasa yang secukupnya. Dan dengan bentuk badan wagon, ia sesuai untuk dijadikan sebagai kenderaan keluarga. Semua ini boleh dimiliki pada harga yang lebih rendah jika dibandingkan dengan BMW M135i atau Mercedes-AMG A 35.

Seperti S60, XC60 dan XC90, V60 dibangunkan berasaskan platform Scalable Product Architecture (SPA). Recharge T8 adalah trenkuasa PHEV yang merangkumi enjin petrol Drive-E 2.0-liter turbo/supercharge yang dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan yang memacu roda belakang. Ia digandingkan dengan motor elektrik yang ditugaskan untuk menggerakkan roda belakang.

Tidak seperti S60 yang didatangkan dengan pakej R-Design yang sporty, V60 Recharge T8 mendapat trim Inscription yang menampilkan kemasan krom. Ia juga dilengkapi dengan rim berukuran 19 inci. Terdapat empat warna untuk dipilih iaitu Bright Silver, Onyx Black, Thunder Grey dan Crystal White.

Tidak seperti S60 yang didatangkan dengan pakej R-Design yang sporty, V60 Recharge T8 mendapat trim Inscription yang menampilkan kemasan krom. Ia juga dilengkapi dengan rim berukuran 19 inci. Terdapat empat warna untuk dipilih iaitu Bright Silver, Onyx Black, Thunder Grey dan Crystal White.

Dari segi keselamatan, V60 Recharge T8 Inscription dilengkapi dengan sistem ADAS Pilot Assist, Adaptive Cruise Control, City Safety, kamera 360 darjah dan pelbagai lagi.

Volvo V60

Tentang Anugerah Vehicle of the Year (VOTY):

Proses kami mudah dan telus.

Semua kereta yang dilancarkan dalam tempoh 12 bulan dari 2021 layak untuk dicalonkan dalam anugerah ini. Kami menghubungi semua syarikat kereta yang beroperasi di negara ini untuk meminta kenderaan untuk dipandu uji. Tiada yuran penyertaan dan syarikat tidak perlu membeli meja untuk majlis tersebut. Apa yang diperlukan adalah kereta baharu dan kebenaran untuk kami menilainya.

Kira-kira sebulan sebelum acara berlangsung, keempat-empat juri dari DSF.my dan gohedgostan.com (Daniel Sherman Fernandez, Ross Hadi, Subhash Nair dan Amirul Mukminin) membincangkan pemenang bagi setiap kategori. Juri hanya boleh mengundi kereta yang telah diuji. Mana-mana model yang mendapat majoriti mudah akan dipilih sebagai pemenang kategori masing-masing.

Penaja utama kami iaitu Allianz mengiktiraf integriti pasukan kami dan semua pihak yang terlibat dalam menentukan pemenang. Kami berharap anda menghargai usaha setiap pihak yang terlibat dan memberi maklum balas bagaimana anugerah ini boleh dimantapkan lagi pada masa akan da

Previous post

VOTY 2022 // Compact Car Of The Year – Perodua Myvi

Next post

VOTY 2022 // MPV Of The Year – Kia Carnival

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *