Anugerah / VOTY / Pameran Motor

VOTY 2022 // MPV Of The Year – Kia Carnival

Anugerah Vehicle Of The Year (VOTY) 2022

Kini di bawah jagaan Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik Bermaz yang memiliki hak eksklusif sebagai pengedar kenderaan Mazda dan Peugeot, Kia Malaysia melancarkan Carnival generasi baharu sebagai langkah pertama dalam strategi ofensifnya.

Jika anda rasakan model sebelum ini sudah cukup segak, penampilan versi terbaharu ini yang lebih premium dan gagah pastinya akan menarik perhatian anda. Tidak seperti MPV lain yang kelihatan seperti kotak dengan bumbung yang tinggi, profil sisi Carnival yang berbentuk seakan-akan crossover atau wagon membuatkan model ini begitu menyerlah di jalan raya.

Kia-Carnival-Sales 1.0

Di dalam, terdapat 11 tempat duduk yang dibalut kulit mewah, serta kawalan sistem pendingin hawa pada barisan kedua serta empat corong udara untuk barisan ketiga dan keempat. Ditambah dengan enjin turbodiesel yang berkuasa, perjalanan jarak jauh dengan Carnival selesa dan tidak memenatkan.

Buat masa ini, MPV itu ditawarkan dalam versi CBU, dengan satu pilihan enjin dan konfigurasi 11 tempat duduk. Bagaimanapun, versi CKD akan menyusuli bulan Ogos tahun ini dengan konfigurasi tempat duduk yang berbeza dan pelbagai kelengkapan tambahan.

Diperkenalkan di peringkat global pada Ogos 2020, Carnival generasi keempat diberikan penambahbaikan menyeluruh yang merangkumi aspek casis, reka bentuk luaran dan dalaman, serta kelengkapan. Menerusi satu sesi pandu uji media yang diadakan baru-baru ini, kami dapat rasakan sejauh manakah peningkatan yang dibawakan oleh model baharu ini.

Jika anda rasakan model generasi ketiga sudah cukup segak, penampilan versi terbaharu ini pastinya akan menarik perhatian anda. Ia kelihatan lebih bergaya dan moden, dengan adanya kemasan krom pada gril Tiger Nose dan lampu hadapan dengan rekaan yang tajam. Logo baharu jenama itu juga sedikit sebanyak membuatkan MPV ini kelihatan premium.

Kia Carnival

Tentang Anugerah Vehicle of the Year (VOTY):

Proses kami mudah dan telus.

Semua kereta yang dilancarkan dalam tempoh 12 bulan dari 2021 layak untuk dicalonkan dalam anugerah ini. Kami menghubungi semua syarikat kereta yang beroperasi di negara ini untuk meminta kenderaan untuk dipandu uji. Tiada yuran penyertaan dan syarikat tidak perlu membeli meja untuk majlis tersebut. Apa yang diperlukan adalah kereta baharu dan kebenaran untuk kami menilainya.

Kira-kira sebulan sebelum acara berlangsung, keempat-empat juri dari DSF.my dan gohedgostan.com (Daniel Sherman Fernandez, Ross Hadi, Subhash Nair dan Amirul Mukminin) membincangkan pemenang bagi setiap kategori. Juri hanya boleh mengundi kereta yang telah diuji. Mana-mana model yang mendapat majoriti mudah akan dipilih sebagai pemenang kategori masing-masing.

Penaja utama kami iaitu Allianz mengiktiraf integriti pasukan kami dan semua pihak yang terlibat dalam menentukan pemenang. Kami berharap anda menghargai usaha setiap pihak yang terlibat dan memberi maklum balas bagaimana anugerah ini boleh dimantapkan lagi pada masa akan datang.

Previous post

2022 // Performance Hybrid Of The Year – Volvo V60 Recharge T8

Next post

VOTY 2022 // Luxury SUV Of The Year – Land Rover Defender 110 P400

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *