Anugerah / VOTY / Pameran Motor

VOTY 2022 // Compact Car Of The Year – Perodua Myvi

Anugerah Vehicle Of The Year (VOTY) 2022

Ada sebab yang munasabah kenapa Perodua Myvi digelar sebagai ‘King of the Road’ di Malaysia. Ia mampu milik, murah dan mudah untuk diselenggara dan prestasinya pun boleh tahan hebat juga. Dengan versi facelift yang dilancarkan pada tahun lalu, kemampuan hatchback ini dipertingkatkan lagi menerusi kehadiran transmisi D-CVT.

Dibangunkan oleh Daihatsu, transmisi ini membuat kemunculan pertamanya di negara ini dalam Ativa. Pada kelajuan rendah, sistem pulley dengan tali sawat seperti CVT tradisional namun pada kelajuan yang lebih tinggi, tali sawat berkenaan dilepaskan dan set gear pula memainkan peranan. Ia tidak sempurna namun kehadirannya membawa prestasi Myvi ke satu tahap yang lebih tinggi.

Pada harga tidak sampai RM60,000, Myvi membawa nilai yang terbaik untuk wang kerana senarai kelengkapannya sangat memuaskan dan jauh lebih ‘mewah’ jika dibandingkan dengan kali pertama ia dilancarkan. Ini termasuk sistem Advanced Safety Assist (ASA) yang telah ditambah baik dengan ciri-ciri baharu seperti Lane Departure Warning dan Lane Departure Prevention.

2021-Perodua-Myvi-2.0

Model ini ditawarkan dalam lima varian iaitu 1.5AV (Advance), 1.5H, 1.5X , serta dua varian 1.3 iaitu 1.3G dan 1.3G (Basic). Berikut adalah harga bagi setiap varian:

Di samping rekaan bampar baharu yang lebih sporty, perubahan paling ketara pada Myvi facelift termasuk penambahbaikan dalam sistem keselamatannya yang kini menampilkan sistem Perodua Smart Drive Assist (PSDA).

Satu lagi peningkatan yang terdapat pada model ini adalah transmisi dwi-mod CVT (Continuous Variable Transmission) baharu yang menggantikan transmisi automatik empat kelajuan sebelum ini.

Dari segi kecekapan bahan api pula, Myvi baharu dikatakan mampu mencatatkan peningkatan sebanyak 5 peratus atau tambahan 1 km bagi setiap liter bahan api.

Myvi baharu kini boleh didapati dalam warna Cranberry Red (varian AV sahaja), serta warna-warna lain iaitu Ivory White, Glittering Silver, Lava Red (tidak tersedia untuk AV), Granite Grey dan Electric Blue.

Perodua Myvi Facelift

Tentang Anugerah Vehicle of the Year (VOTY):

Proses kami mudah dan telus.

Semua kereta yang dilancarkan dalam tempoh 12 bulan dari 2021 layak untuk dicalonkan dalam anugerah ini. Kami menghubungi semua syarikat kereta yang beroperasi di negara ini untuk meminta kenderaan untuk dipandu uji. Tiada yuran penyertaan dan syarikat tidak perlu membeli meja untuk majlis tersebut. Apa yang diperlukan adalah kereta baharu dan kebenaran untuk kami menilainya.

Kira-kira sebulan sebelum acara berlangsung, keempat-empat juri dari DSF.my dan gohedgostan.com (Daniel Sherman Fernandez, Ross Hadi, Subhash Nair dan Amirul Mukminin) membincangkan pemenang bagi setiap kategori. Juri hanya boleh mengundi kereta yang telah diuji. Mana-mana model yang mendapat majoriti mudah akan dipilih sebagai pemenang kategori masing-masing.

Penaja utama kami iaitu Allianz mengiktiraf integriti pasukan kami dan semua pihak yang terlibat dalam menentukan pemenang. Kami berharap anda menghargai usaha setiap pihak yang terlibat dan memberi maklum balas bagaimana anugerah ini boleh dimantapkan lagi pada masa akan datang.

Previous post

VOTY 2022 // Executive Sedan Of The Year – Mercedes-Benz C-Class

Next post

2022 // Performance Hybrid Of The Year – Volvo V60 Recharge T8

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *