Berita Auto

Hyundai Penang City Store Dibuka Di Gurney Paragon Mall

Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) baru-baru ini melancarkan bilik pameran Hyundai Penang City Store yang terletak di Gurney Paragon Mall, Pulau Pinang.

Di samping mempamerkan model-model terkini Hyundai, bilik pameran berkonsepkan gaya hidup itu juga menampilkan rekaan dalaman yang moden. Salah satu ciri yang menarik perhatian adalah dinding interaktif yang membolehkan pelanggan mengkonfigurasikan kenderaan pilihan mereka secara maya.

Tidak seperti bilik pameran konvensional, Hyudai Penang City Store mempunyai pelbagai perkhidmatan layan diri, serta bermacam-macam koleksi barangan rasmi Hyundai Collection.

“Hyundai merevolusikan cara kereta diijual dengan mendekati pelanggan dengan cara yang lebih peribadi. Kami percaya orang ramai akan tertarik kepada suasana yang lebih santai dan selesa,” kata Low Yuan Lung, Pengarah urusan Hyundai-Sime Darby Motors.

Tambah beliau lagi, pembukaan bilik pameran konsep di dalam pusat membeli-belah akan membantu meningkatkan lagi kehadiran jenama Hyundai serta memacu jualan.

Selain itu, HSDM turut memasang sebuah stesen pengecas AC di Basement 2 di Gurney Paragon Mall untuk kemudahan pengguna kenderaan elektrik Hyundai. Stesen pengecas itu beroperasi setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam.

Pelanggan yang membeli kereta Hyundai mereka di Hyundai Penang City Store akan disokong oleh pusat servis Sime Darby Auto Hyundai yang terletak di Jalan Sungai Pinang. Selain penyelenggaraan biasa, pusat servis itu turut menawarkan perkhidmatan servis pendingin hawa, pembaikan badan dan cat, tuntutan insurans serta pembaharuan insurans.

Previous post

Cara Menamatkan RFID Anda Jika Kereta Anda Dicuri Atau Dijual

Next post

Kebakaran Kereta Kerana Anda Benarkan Orang Lain Buka Hud Anda

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *