Berita Auto

BMW M3 Competition, M4 Competition Kini Dengan M xDrive

BMW Malaysia telah melancarkan BMW M3 Competition M xDrive dan M4 Competition M xDrive ke pasaran tempatan. Ini merupakan kali pertama model M3 dan M4 ditawarkan dengan sistem pacuan semua roda M xDrive, yang diperkenalkan pada M5 pada 2017. Sistem ini juga boleh didapati pada M8.

Kedua-dua model ini dikuasakan oleh enjin 3.0-liter enam silinder M TwinPower Turbo yang dipadankan dengan transmisi M Steptronic lapan kelajuan yang ditugaskan untuk menyalurkan kuasa ke keempat-empat roda. Dalam versi Competition, enjin tersebut menghasilkan 510 hp dan 650 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam 3.5 saat.

2021-BMW-M3-Competition-and-M4-Competition-with-M-xDrive-4.0

M xDrive didatangkan dengan bias roda belakang, di mana kuasa hanya disalurkan ke belakang ketika pemanduan normal – tapi apabila kenderaan ini mencapai had cengkamannya, sistem tersebut juga akan menyalurkan kuasa ke roda hadapan.

Sistem pacuan semua roda ini dilengkapkan dengan Active M Differential pada gandar belakang yang membahagikan kuasa enjin di antara kedua-dua tayar belakang bagi menjamin daya cengkaman, kelincahan, dan stabiliti di atas jalan raya.

BMW M3 M4 Competition xDrive

Di samping itu, M xDrive juga membolehkan pemandu menyesuaikan karakteristik dan prestasi sistem pacuan semua roda tersebut berdasarkan situasi pemanduan dan pilihan peribadi mereka melalui tiga mod pemanduan: 4WD, 4WD Sport dan 2WD.

Penampilan jentera ini diserlahkan menerusi gril kidney M tanpa bingkai berwarna hitam dengan lampu hadapan serta rongga udara yang langsing dalam bentuk trapezium. Turut disertakan adalah roda aloi ringan tempaan pada kedua-dua varian tersebut.

BMW M3 M4 Competition xDrive

Sebagai sebahagian daripada struktur binaan ringan oleh BMW, kedua-dua jentera ini juga didatangkan dengan bumbung yang diperbuat daripada plastik bertetulang gentian karbon (CFRP) yang membantu merendahkan pusat graviti, sekali gus menambah kelincahannya.

Sementara itu, ruang kabin pula menampilkan reka bentuk kokpit yang ergonomik bagi memudahkan pemandu memberi tumpuan maksimum. M Drive Professional yang dibangunkan secara khusus untuk pemanduan di litar lumba membantu pemandu menambahbaik pencapaian mereka dengan menjejak dan merekod pelbagai data pemanduan.

BMW M3 M4 Competition xDrive

Pengubahsuaian dan kelengkapan yang ditawarkan secara opsyen termasuk warna luaran, upholsteri dan trim dalaman, sistem bantuan memandu, M Performance Parts dan lain-lain boleh dirangkumkan bersama pada kadar istimewa melalui kemudahan pengkonfigurasi dalam talian.

Harga bermula dari RM827,800 bagi M3 Competition M xDrive dan RM848,800 bagi M4 Competition M xDrive.

Previous post

Lexus Model NX 2022 Mendapat Lebih 100 Tempahan Dan Lagi

Next post

BMW M5 dan M5 Competition Kini di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *