Berita Auto

Hero Pandu Toyota Prado Dalam Filem No Time To Die

Toyota Prado menunjukkan keupayaannya dalam semua keadaan dalam filem 007 No Time To Die.

Soalan, berapa banyakkah Toyota Motor Corporation bayar kepada Universal Pictures International dan Metro Goldwyn Mayer untuk hero Toyota Prado 1990-an beraksi dalam filem 007 terbaharu mereka?

Jawapan. Tidak cukup!

Dalam filem Ian Fleming terbaharu ini, ‘No Time to Die’, Daniel Craig memainkan peranan utama sebagai perisik British 007 buat kali kelima DAN terakhir.

Ia bermula dengan James Bond bersara daripada tugas aktif dengan ‘His Majesty’s Service’ dan sedang menikmati kehidupan biasanya di Jamaica. Bagaimanapun, persaraannya berakhir apabila kawan lama Bond dari CIA, Felix Leiter muncul dan meminta bantuan James Bond.

Super agent itu sepatutnya menyelamatkan ahli sains bio yang diculik. Misi itu ternyata mendedahkan lebih daripada yang dijangkakan apabila Bond berhadapan dengan penjahat misteri yang bersenjatakan bio-teknologi baharu yang berbahaya.

Jadi, seperti dalam semua filem 007, terdapat kenderaan yang ‘membintangi’ filem tersebut bersama 007 dan di sinilah Land Rover Defender terbaru memainkan peranan penting dalam adegan kejar mengejar kereta, antara lain.

Land Rover Defender baharu ditunjukkan dalam ‘penerbangan’ off road dan mendarat dengan baik sambil mengharungi terrain kasar Norway dengan senang kerana sebenarnya Defender baharu ini memang boleh bertahan kerana ia telah diuji dengan teliti di segala pelosok dunia.

Defender baharu memecut dengan laju dan hebat, menjunam terus merempuh sungai dan paya dengan senang.

Penyelaras stunt Lee Morrison menjelaskan: “Kami mendedahkan Defender kepada keadaan yang paling ekstrem yang pernah dilakukan sebelum ini. Semuanya bertujuan untuk mewujudkan keseronokan maksimum untuk peminat Bond. Anda boleh mengalami cabaran yang unprecedented untuk adegan pengejaran kereta yang menakjubkan yang juga akan menjadi sorotan filem sebenar dalam No Time to Die.“

Nick Collins, Land Rover Defender Vehicle Line Director, berkata: “Kami telah membangunkan piawaian ujian baharu sepenuhnya untuk Defender: ujian unik yang pergi lebih jauh daripada apa-apa yang kami pernah lakukan sebelum ini. Kekuatan fizikal dan kemantapan Defender baharu disokong oleh sejumlah besar ujian – termasuk ujian lompat jambatan.

BHP_Euro5 Diesel_2021_Lexus NX

Itu memberi kami kepastian bahawa kami boleh memberi stunt team No Time to Die apa yang mereka perlukan untuk Bond baharu ini. Struktur badan Defender kekal sama sekali tidak berubah dengan pengecualian role cage tambahan untuk stunt.“

Walau bagaimanapun, ini part yang paling best … Land Rover Defender serba baharu serta beberapa Range Rover SVR dipandu oleh penjahat dan mereka mengejar James Bond dan keluarganya (teman wanita lamanya, Miss Swan dan anak perempuannya) yang menggunakan … Toyota Prado model lama 1990-an .

Ya, 007 dalam Toyota Prado…. (bukan Land Cruiser 2021 yang terkini atau Prado TZ) dan ia adalah unit stok dengan suspension standard dan dalam warna kuning pucat. Dalam adegan kejar-mengejar selama 5-6 minit, Bond di belakang stereng Prado berjaya ‘menghantam’ dua Range Rover sampai terbalik dan selepas itu dua Land Rover Defender model 2020 juga sehingga terbalik dalam paya Norway.

Toyota Prado kemudian meneruskan perjalanannya ke dalam hutan bersama Bond, anak dan teman wanita dengan selamat dengan hanya sedikit kerosakan badan. Toyota Prado champion!


Previous post

Kia Akan Jual EV Sahaja Di Eropah Menjelang 2035

Next post

Tesla Dan Insentif Cukai Biden Untuk Kereta Elektrik Di Amerika

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *