Berita Auto

Kia Akan Jual EV Sahaja Di Eropah Menjelang 2035

Kia baru-baru ini mengumumkan yang ia akan hanya menjual kenderaan elektrik di Eropah menjelang 2035 dan di pasaran-pasaran utama yang lain menjelang 2040.

Ini merupakan sebahagian daripada rancangannya untuk menghentikan penjualan kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman (ICE) dan mencapai status neutral karbon menjelang 2045.

Sasaran Kia untuk menjadi syarikat neutral karbon bukan sahaja melibatkan aspek kenderaan malah juga fasiliti pengeluarannya. Menurut syarikat itu, fasiliti-fasiliti pengeluarannya di negara luar akan mengggunakan tenaga yang boleh diperbaharui sahaja menjelang 2030. Inisiatif ini telah pun bermula di kilangnya di Slovakia yang menggunakan tenaga hijau.

Bagi membantu mencapai sasaran ini, Kia secara aktif akan beralih kepada penjanaan elektrik menerusi tenaga solar untuk kilang-kilangnya di Korea, Amerika Syarikat, China dan India.

Dengan terus meningkatkan kecekapan di kilang pengeluarannya, Kia menyasarkan untuk mengurangkan pelepasan karbon sebanyak satu peratus setiap tahun. Untuk merealisasikan pengurangan ini, Kia akan melaksanakan inovasi baharu seperti teknologi Carbon Capture, Utilization and Storage (CCUS).

Satu lagi langkah yang diambil untuk mencapai neutraliti karbon dan sifar emisi adalah dengan menggunakan kenderaan elektrik untuk flit syarikat menjelang 2030.

Kia Concept EV9

Bercakap tentang kenderaan elektrik, Kia turut memperkenalkan kereta konsep elektrik Concept EV9 yang bakal menjadi kenderaan elektriknya yang seterusnya. Seperti EV6, EV9 dibina menggunakan platform Electric Global Modular Platform (E-GMP). SUV itu tampil dengan rekaan progresif, serta teknologi dan trenkuasa elektrik yang canggih dalam satu pakej yang menarik.

Previous post

Yamaha Ego Gear Baharu Dilancarkan Pada Harga RM5,418

Next post

Hero Pandu Toyota Prado Dalam Filem No Time To Die

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *