Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Trak Pikap JMC Vigus Pro 4X4 Bakal Dilancarkan Di Malaysia

Angka-Tan Motor Sdn Bhd (ATM) bakal mengembangkan portfolio kenderaannya selepas dilantik oleh Jiangling Motors Co., Ltd (JMC) sebagai pengedar rasmi trak pikap JMC Vigus Pro 4×4 di Malaysia.

Kerjasama antara ATM dan JMC dimeterai selepas kedua-dua belah pihak menandatangani perjanjian Perlesenan Teknologi Kenderaan pada 1 Julai 2020. JMC telah memberi hak penuh kepada ATM untuk mengilang, memasang dan menjual trak pikap Vigus Pro 4×4, alat ganti dan komponen berkaitan di Malaysia. ATM juga merancang untuk menawarkan JMC Vigus Pro menerusi 13 cawangan jualan dan servis di seluruh negara.

“Kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa selepas 12 bulan bekerja keras, Angka-Tan Motor dengan kerjasama Jiangling Motors Co., Ltd kini bersedia untuk memperkenalkan pesaing dalam segmen trak pikap yang popular. Trak pikap JMC Vigus Pro 4×4 yang bergaya dan berteknologi tinggi ini sudah membuktikan keupayaannya di pasaran China. Kami tidak sabar untuk berkongsi produk baharu ini dengan peminat trak pikap di seluruh Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Warisan TC Holdings Bhd, Tan Keng Meng.

JMC Vigus Pro

“Sebagai pengeluar dan pengeksport kenderaan komersial ringan utama di China, kami teruja untuk menawarkan trak pikap yang versatil dan dilengkapi teknologi terkini kepada pengguna di Malaysia. JMC merupakan jenama kedua paling laris dalam segmen trak pikap di China bertahun-tahun lamanya. Kami ingin mengucapkan tahniah atas pelantikan Angka-Tan Motor sebagai pengedar rasmi JMC Vigus Pro 4×4 dan menyatakan penghargaan kepada Warisan TC atas sokongan mereka untuk menjadikan kerjasama ini satu realiti,” kata Presiden Jiangling Motors Co., Ltd., Xiong Chunying.

Vigus Pro 4×4 dikuasakan oleh enjin turbodiesel 2.0-liter empat silinder dengan VGT yang menghasilkan 141 PS pada 3,600 rpm dan 340 Nm dari 1,500 hingga 2,600 rpm. Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi automatik ZF lapan kelajuan dan sistem 4WD BorgWarner dengan 2H, 4H dan 4L. Gabungan ini dikatakan mencapai tahap penggunaan bahan api 7.8 l/100 km. Selain itu, trak pikap ini juga dilengkapi dengan Rear Differential Lock keluaran Eaton, serta kamera undur.

Harga dan spesifikasi penuh JMC Vigus Pro dijangka akan didedahkan pada bulan ini. Pelanggan boleh melihat Vigus Pro dengan lebih dekat lagi di bilik pameran utama ATM di Klang, Selangor. Tempahan boleh dibuat di pengedar-pengedar berhampiran atau dengan menghubungi talian 03-3359 6068. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web: www.jmcmalaysia.com dan ikuti JMC Malaysia di https://www.facebook.com/jmcmalaysiaofficial.

Previous post

UMW Toyota Tambah Baik Program Langganan Kinto One

Next post

Honda Civic Type R Generasi Baharu Diacah

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *