Pandu UjiTrak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

JMC Vigus Pro Pencabar Baharu Pasaran Trak Pikap Malaysia

Angka-Tan Motor Sdn Bhd telah melancarkan sebuah trak pikap baharu baru-baru ini yang mereka panggil JMC Vigus Pro.

13 Oktober 2021 lalu, pasaran trak pikap Malaysia mendapat saingan baharu dengan nilai terbaik iaitu RM98,888.00 untuk sebuah pikap dengan ciri-ciri premium dan pemanduan selesa.

JMC-Vigus-Pro-3787

Tanggapan pertama, Vigus Pro memang bergaya, dan garang, lebih-lebih lagi dengan huruf JMC besar pada gril depannya mirip trak pikap besar Amerika Syarikat dari GMC. GMC ialah General Motors Company, bahagian trak dan SUV General Motors. Satu lagi yang outstanding ialah hon dia. Inilah yang saya panggil hon jantan!

JMC pula ialah Jiangling Motors Company., Limited, anak syarikat Jiangling Group, sebuah syarikat R&D, pengilang dan penjualan kenderaan yang berpengkalan di Nanchang, bandar utama wilayah Jiangxi. Ia adalah jenama kenderaan keenam terbesar di China. Barisan modelnya terdiri daripada kenderaan penumpang, trak ringan, trak pikap, SUV dan kenderaan tenaga baharu. So, they know what they are talking about.

Yang mengimport JMC Vigus Pro ini ialah Angka-Tan Motor Sdn Bhd atau ringkas ATM, penyingkatan mirip Angkatan Tentera Malaysia. Adakah Angkatan Tentera Malaysia akan menjadi pelanggan fleet kedua Angka-Tan Motor??? ATM yang ini ialah anak syarikat Warisan TC Holdings Berhad. Mereka pengedar sah trak dan lori prime mover Foton di Malaysia. TC di sini ialah Tan Chong ya.

Dengan gril JMC dan hon jantannya, bila dia di belakang, boleh terkejut juga. Dan … brek tangannya adalah yang sebenar. Bukan butang elektronik. Terbaik. Boleh buat 180 (tidak digalakkan terutama sekali dengan trak).

JMC-Vigus-Pro-3990 interior

Selain daripada gril heksagon yang besar ia juga mempunyai banyak kemasan krom, lampu besar LED yang nipis berbentuk C serta pelindung di bahagian bawah bampar.

Di tepi pula, over fender bewarna badan, garis badan menonjol sampai ke belakang. Ia juga di lengkapkan dengan sports bar yang siap dengan lampu brek ketiga, pemijak sisi, cermin tepi berlipat auto dengan lampu isyarat, rim aloi 2 tona 16 inci.

Segala perkakas luaran kelihatan besar dan teguh dan boleh tahan penderaaan. Itu hanya masa akan menentukannya. Kami tidak dapat menguji itu tetapi ia memang rasa solid bila diuji secara kita uji body mana-mana kereta, dengan ketuk mengketuk sini sana dengan tangan.

Dalaman? Kelabu. Pelbagai tona kelabu. Dari segi ciri-ciri, setanding dengan kebanyakkan trak pikap premium di pasaran ketika ini. Tempat duduknya lembut gila. Macam duduk atas belon. Stereng multi-fungsi berbutang kawalan untuk sistem infohibur, kawalan jelajah dan panggilan suara dengan bluetooth. Stereng dua spoke dibalut kulit dan … ada paddle shifter you. Tuil gear automatik eletronik (pertama dalam kelas).

Sistem infohibur dengan skrin sentuh warna 8 inci, bluetooth, video player MP5 dan kamera belakang. Cermin tepi ada pemanas (supaya tidak berwap).

Datang dalam 4 warna. Tak pening nak pilih. Model pandu uji ini ialah Steady Brown. Ada juga Putih, Silver, dan Hitam. Jaminan hanya 3 tahun atau 100,000 km yang mana satu dahulu.

Enjin turbo diesel 2.0 liter Puma dengan sistem high pressure common-rail fuel injection, variable geometry turbocharger, intercooler, dan EGR cooler bypass valve menjana kuasa 141 PS pada 3,600 rpm dan tork 340Nm dari 1,500rpm – 2,600 rpm. Gearbox, 8-speed ZF automatik.

Consumption minyak, pengunaan, 7.8L/100km. Boleh tahan berbanding saingannya.

Dari segi tunggangan, suspensinya lembut sedikit kalau dibandingkan dengan pikap trak premium yang lain. Suspensi depan, jenis fully independent double-wishbone dengan stabiliser bar yang diperkuat dan di belakang, solid axel dengan leaf spring. Rangkanya pula ladder frame yang boleh membawa muatan 850kg.

Kalau nak off road, ia menggunakan sistem 4WD BorgWarner. Boleh beralih di antara 2WD, 4WD dan 4WD rendah dengan dail rotari. Axel belakang dipasang dengan Eaton limited-slip differential lock menghasilkan traction, tork, dan pikap yang kuat dan laju gila.

Safety pun lengkap. Hill Descent Control, Hill Start Assist, ABS dengan Elektronik Brake-Force Distribution dan, Elektronik Stability Program dengan Traction Control. Semua datang standard.

Kalau anda mahu sebuah pikap trak tapi hanya ada bajet RM100,000 kebawah, baik cuba try yang ini sebab semua ciri-ciri premium ada padanya. Dengan harga ini, saingan yang lain, tidak ada ciri tambahan yang disebutkan diatas. Habis-habis basic.

Harga patut, gaya ada, ciri-ciri ada, after sales dan service Tan Chong yang handle! Nak apa lagi?

Persoalannya sekarang ialah sama ada ia boleh tahan lama, tahan cuaca, tahan penderaan kita??? Itu semua hanya boleh dijawap dengan masa. Menurut kepada ujian ketuk-mengetuk kami? Boleh tahan. Resale value? Kalau semua persoalan tadi berjawapan baik, resale pun pasti akan baik.

JMC Vigros Pro di pasang di kilang Tan Chong Motor Serendah Selangor. Anda boleh teliti dan pandu uji sendiri di 13 pengedar ATM di seluruh negara. Penyerahan kenderaan baharu kepada pelanggan sudah bermula Oktober lalu.

Previous post

Tesla Dan Insentif Cukai Biden Untuk Kereta Elektrik Di Amerika

Next post

Ducati Streetfighter V4 SP - Lebih Ringan, Lebih Agresif

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *